Semalam telah pun berlangsung konsert minggu kedua Gegar Vaganza 4 dengan tema “Sekali Dengar Terus Melekat”. 12 peserta telah berentap untuk peluang mara ke minggu ketiga. Berbeza dengan minggu pertama, kali ini Ferhad telah tersingkir selepas mendapat markah paling rendah daripada juri profesional. Untuk makluman, markah GV4 adalah 100% daripada juri iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan juri jemputan, Datuk Jalaludin Hassan.
Sementara itu di tempat pertama untuk konsert minggu kedua GV4 ini disandang oleh Liza Hanim yang menyanyikan lagu Aku Hanya Pendatang. Tidak dinafikan persembahan Liza Hanim memang memukau. Nampak gayanya memang ada peluang tinggi untuk Liza Hanim mara sehingga ke peringkat akhir. Namun masih terlalu awal untuk membuat tekaan. Segalanya boleh berubah di minggu-minggu mendatang.
Apa pendapat anda tentang konsert kedua GV4? Adakah ramalan anda benar? Siapa yang anda rasa sudah mula menunjukkan taringnya? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Tak sabar rasanya nak tunggu Ahad ini untuk konsert minggu ketiga GV4. Sama-sama kita nantikan.