Fenomena “Supermoon” Luar Biasa Bermula Malam Ini Pada 7.24 Malam, Dijangka Penuh Pada Jam 9.54 Malam

Trending

Fenomena “Supermoon” Luar Biasa Bermula Malam Ini Pada 7.24 Malam, Dijangka Penuh Pada Jam 9.54 Malam

Orang ramai di Malaysia berpeluang  menyaksikan fenomena Supermoon luar biasa hari  ini  bermula pada jam 7.24 malam.
Fenomena supermoon pada kali ini adalah lebih luar biasa dari yang lain disebabkan kedudukan bulan ketika itu adalah di jarak yang paling dekat sejak tahun 1948.

Advertisement

Menurut Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), fasa penuh atau purnama akan berlaku pada jam 9.54 malam esok.

Fenomena Supermoon adalah satu fenomena astronomi di mana Bulan akan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi (perigee) pada jam 07:24 malam dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada jam 09:54 malam. 

“Fenomena ini boleh dilihat pada 14 November 2016. Keadaan Bulan di kedudukan perigee ketika fasa purnama ini menyebabkan Bulan kelihatan seolah-olah lebih besar dari keadaan biasa. 

Jadi, pastikan semua sudah mempunyai port yang jelas untuk melihat supermoon esok dan bersedia dengan kamera untuk mengambil foto bulan yang cantik.

Sumber: Angkasa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...