Fenomena ‘Pantai Terbelah’ Di Pantai Mek Mas Jadi Tarikan Pengunjung

Travel

Fenomena ‘Pantai Terbelah’ Di Pantai Mek Mas Jadi Tarikan Pengunjung

Tidak dinafikan, keputusan kerajaan membenarkan individu yang sudah menerima dos suntikan vaksin lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula 11 Oktober lepas sememangnya adalah perkara yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.

Peluang ini amat sesuai digunakan oleh rakyat Malaysia untuk pergi bercuti bersama keluarga ke destinasi pelancongan menarik dalam negara bagi mengurangkan tekanan akibat terpaksa ‘terkurung’ di sekitar kawasan kediaman dengan tempoh yang lama.

Advertisement

Feri Langkawi
3 years ago

Sambutan Hangat Di Langkawi, Perkhidmatan Feri Ditambah

Perkembangan ini juga sebenarnya secara tidak langsung memberikan sinar dalam menghidupkan kembali sektor pelancongan domestik yang terjejas akibat pandemik wabak Covid-19 yang melanda negara kita hampir dua tahun yang lalu.

‘Pantai terbelah’ jadi tarikan Pantai Mek Mas

Menurut laporan Harian Metro, fenomena ‘pantai terbelah’ sepanjang lebih satu kilometer menjadi tarikan baharu kepada orang ramai untuk berkunjung ke Pantai Mek Mas, Kuala Besar, Kota Bharu.

Fenomena yang berlaku sejak lebih sebulan lalu itu terjadi disebabkan air surut yang kemudian membentuk beting pasir hingga membolehkan pengunjung berjalan untuk ke tengah lautan.

Orang ramai dilihat tidak melepaskan peluang berkunjung ke pantai tersebut untuk sama-sama melihat sendiri ‘pantai terbelah’ itu berikutan ianya tular di Facebook dan TikTok sejak beberapa hari yang lalu.

Lebih sedap mata memandang kerana pengunjung juga dilihat patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan memakai pelitup muka dan jaga penjarakan sosial bagi membendung wabak Covid-19.

“Fenomena itu sangat unik berikutan di tengah-tengah laut menjadi terbelah dua,” kata Nurul Afiqah Mazeni.

Menurut penuntut di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) juga, dia mendapat tahu tentang ‘pantai terbelah’ itu selepas ianya tular di TikTok dan ia menarik perhatiannya untuk datang melihat sendiri kejadian tersebut.

Ia juga merupakan pengalaman baru buatnya kerana selama ini hanya boleh berjalan di pesisir pantai sahaja, namun kali ini dia boleh berjalan di tengah-tengah seolah-olah berada di permukaan laut.

Fenomena 'pantai terbelah'

Gambar pengunjung yang datang ke Pantai Mek Mas – Sumber Harian Metro

“Saya datang bersama anak-anak ke lokasi tersebut untuk pertama kalinya kerana mahu melihat ‘pantai terbelah’ itu,” kata seorang lagi pengunjung bernama Noriah Hassan.

Tambahnya lagi, mereka datang jauh dari bandar Machang untuk lihat keunikan lokasi tersebut yang dikatakan terbelah. Dia sangat teruja apabila dapat lihat sendiri fenomena menakjubkan itu dan tidak sangka ia benar-benar ada.

Selain fenomena ‘pantai terbelah’ yang membuatkan orang ramai teruja untuk datang melihat dengan mata sendiri, lokasi tersebut juga mempunyai tarikan yang lain termasuk timbunan pasir seolah-olah seperti padang pasir.

Fenomena 'pantai terbelah'

Gambar kejadian ‘pantai terbelah’ di Pantai Mek Mas – Sumber Google

“Fenomena ‘pantai terbelah’ itu terjadi lebih sebulan lalu sekaligus menjadi tarikan kepada orang kampung dan orang luar untuk berkunjung ke lokasi itu,” kata Mohd Yusoff Mohamad.

Mohd Yusoff Mohamad yang juga merupakan penduduk setempat disitu berkata, beting pasir itu terbentuk kemungkinan kerana air laut yang surut dan sebelum ini terdapat projek mengorek pasir oleh sebuah kapal berdekatan lokasi itu.

Tambahnya lagi, kemungkinan pasir berkumpul di lokasi tersebut lalu membentuk beting pasir dan menjadikan lokasi itu lebih tinggi. Ianya kemudian seolah-olah menjadikan ‘pantai terbelah’.

Bagi penulis, ia merupakan satu fenomena yang baru serta sangat menakjubkan. Bagi pengunjung yang mahu melihat sendiri fenomena tersebut, jangan lepaskan peluang untuk pergi ke Pantai Mek Mas yang terletak di Kota Bharu, Kelantan itu.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...