January 25th, 2017

Sejak drama Suri Hati Mr Pilot ditayangkan 2,3 bulan yang lalu, satu fenomena telah pun melanda Malaysia. Fenomena ini dikenali sebagai #LOFATTAH di mana para peminat mengimpikan agar Neelofa dan Fattah Amin bercinta bukan sahaja di dalam drama tersebut, malah di dunia nyata. Menariknya walaupun drama ini telah lama tamat, sehingga ke hari ini fenomena tersebut masih berterusan.

neelofa fattah amin

Sudah tentu di dunia yang penuh fantasi, peminat mahukan Fattah Amin dan Neelofa bercinta, berkahwin dan seterusnya mendapat anak yang comel. Fenomena ini sampai boleh buat orang bergaduh. Semalam, seorang peminat telah menghantar email dan menulis tentang fenomena #LOFATTAH ini.

Saya sebagai seorang peminat nak katakan sesuatu lah iaitu mengenai fenomena #LOFATTAH. Sejak drama SHMP (Suri Hati Mr Pilot) dah berakhir sejak nov tahun lalu semakin banyak fans2 #LOFATTAH di IG yg memutar semula adegan2 dlm drama tersebut dan semakin banyak jugak foto2 hero & heroin drama popular tersebut iaitu Neelofa & Fattah Amin.

Saya juga tengok setiap hari buka IG terlalu banyak wajah foto2 mereka & video2 mereka yg memenuhi ruangan IG dari pagi ke petang hingga ke malam bersambung keesokan harinya asyik benda sama saje berulang. Kadang2 tu rasa bosan rasa mcm taknak tengok lagi. Sana sini terlalu banyak ACCOUNT IG yg menggunakan nama #LOFATTAH loffatah_lovers, neelofaxfattahamin, lofattah.nfa, lofattah.ootd dan banyak lagi lah yg menggunakan nama Neelofa & Fattah Amin.

Saya rasa kesian dengan peminat2 #LOFATTAH yg terlampau sangat taksub sehingga urusan hal peribadi mereka pun sibuk nak ambil tahu. Macam takde ruang privasi langsung untuk mereka. Kadang2 tengok baca komen2 kat IG peminat setia #LOFATTAH tersebut tak tahu lah nak kata apa lagi. Mereka berdua nak BERCINTA atau TIDAK itu adalah hak mereka tak perlu rasanya sampai nak BUSYBODY hal orang. Kenapa lah PASANGAN #LOFATTAH nie sangat dikagumi, disayangi digilai ramai orang? Hanya kerana mereka ARTIS POPULAR, mereka hanyalah manusia biasa juga seperti kita. Neelofa memang cantik sangat bila orang tengok pandang beliau terus jatuh hati.

Fattah Amin pula memang kaca?, hensem bergaya serta wajah beliau pun kebanyakkannya digilai oleh wanita2 di luar tak kira lah yang muda hingga yang tua. Tapi perlu ke kita buat mcm nie? Ade yang suka mereka ade yang sampai menyampah tengok mereka ade juga yang membenci mereka. Ade juga yang dengki dengan kerjaya, krhidupan mereka. Siapa kita nak mengatur kehidupan orang? Siapa kita nak pakaa atau memaksa mereka?

Siapalah kita hanya manusia biasa. Kalau dah JODOH takkan ke mana pun. Ajal Maut, Jodoh Rezeki Rahsia Allah S.W.T. Kita hanya doakan yang baik2 dah cukup. Harap maaf, saya hanya beri pendapat saje. Saya pun suka pasangan #LOFATTAH cuma kalau boleh tak perlu lah kita nak sibuk sana sini nak tahu ape mereka buat ape merea sedang lakukan. Cukup lah hanya doa yg baik2 saje.

Semoga mereka Neelofa & Fattah Amin sentiasa bahagia, sukses berjaya, dimurahkan rezeki di dunia dan akhirat.

null

Betul juga kata peminat ini kan? Kadangkala sikap fanatik para peminat boleh menyebabkan orang lain menyampah dengan Neelofa dan Fattah Amin. Abang Nara rasa kita dah boleh tutup buku dah tentang fenomena #LOFATTAH ini. Kita sepatutnya move on. Cukup-cukup lah tue. Kalau diorang dua ada jodoh, Insya Allah kahwin. Tak perlu kita nak sibuk-sibuk sangat. Tak gitu? Apa pendapat anda?


Comments are closed.

Loading...