Fenomena ‘Laut Terbelah’ Tanjung Rhu Curi Tumpuan Ramai

Travel

Fenomena ‘Laut Terbelah’ Tanjung Rhu Curi Tumpuan Ramai

Fenomena laut terbelah adalah salah satu fenomena yang tidak kurang menariknya. Menyaksikan lautan yang selalunya dipenuhi dengan air tiba-tiba terbelah dan membentuk laluan sementara adalah sesuatu perkara yang mengujakan. Biasanya fenomena ini terjadi di negara terkenal seperti di Korea selatan.

Tetapi untuk pengetahuan anda negara kita juga telah mengalami fenomena ini. Pagi tadi seramai 200 pengunjung telah datang ke Pantai Tanjung Rhu, Langkawi . Mereka berpeluang berjalan kaki sejauh 600 meter di atas beting pasir yang menghubungkan pantai itu ke tiga pulau kecil berhampiran.

Advertisement

Aktiviti berjalan menyusuri beting pasir ini hanya dapat dilakukan selama dua jam dan boleh dilakukan oleh para pengunjung pantai dan resort itu setahun sekali sahaja. Fenomena ini dikatakan berlaku di banyak lagi tempat di Malaysia, setiap kali bulan penuh. Fenomena itu turut dapat disaksikan di lokasi lain iaitu di Teluk Datai dan Pantai Chenang.

Memang bertuah pengunjung yang dapat merasai fenomena unik ini. Ini kerana mereka turut berpeluang melihat pelbagai jenis hidupan laut seperti ikan sebelah, gamat, belangkas dan kuda laut ketika menyusuri beting pasir tersebut.

Kalau anda nak tahu, program berjalan menyusuri beting pasir adalah merupakan acara tahunan khas buat tetamu di Tanjung Rhu Resort Langkawi. Namun kali ini penganjuran dibuat lebih besar untuk memberi peluang orang ramai menikmati pengalaman menarik tersebut.

Hal ini, adalah untuk mengetengahkan keindahan alam sekitar dan semulajadi kepada rakyat Malaysia dan pelancong asing dan menaik taraf program ini. Turut dikatakan program ini mampu menarik perhatian ramai pengunjung untuk datang ke sana.

Ketika melalui beting, kita dapat melihat pelbagai hidupan laut termasuk yang masih hidup, pengunjung juga merasa lebih rapat dengan alam dan mendapat keseronokan yang tidak dapat dibeli.

Sumber

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...