Fenomena Kpop Di Malaysia Part I

Hiburan

Fenomena Kpop Di Malaysia Part I

Sekarang ini di serata dunia semuanya sedang demam Kpop. Malaysia pun tak kurang hebatnya juga. Setiap kali ada artis Korea datang ke Malaysia, boleh dikatakan sold out jugaklah tiket-tiketnya. Paling hebat pastinya kehadiran Big Bang Ke Malaysia pada bulan Oktober nanti. Namun bagaimanakah Kpop ini bermula di Malaysia sebenarnya?

KPOP

Advertisement

Ketika Abang Nara sambung belajar di Korea pada tahun 2001, dunia masih tidak mengenali Korea. Samsung masih merupakan satu jenama yang dipandang rendah berbanding Sony. Drama-drama dan lagu-lagu Jepun masih kuat pengaruhnya di kalangan rakyat Malaysia. Namun segalanya bermula dengan penyebaran video klip lagu “Because I’m a girl” daripada kumpulan KISS.

Dengan melodi yang menyedihkan, lirik lagu yang menyentuh perasaan dan paling penting, video klip yang mampu mengalirkan air mata, sejarah Kpop bermula secara viral di Malaysia. Ramai yang mula tertanya-tanya tiada lagikah produk dari Korea yang sehebat lagu ini? Bermula dari sinilah masuknya drama-drama seperti Winter Sonata, Autumn In My Heart dan Stairway To Heaven.

kpop

Advertisement

Kemudian kemunculan idola Kpop yang bukan sahaja boleh menyanyi dan menari iaitu Rain menerusi lakonannya di dalam drama FullHouse menghangatkan lagi demam Kpop di Malaysia. Ramai gadis-gadis remaja jatuh cinta dengan lakonan Rain di dalam drama ini sekaligus mengisytiharkan Rain sebagai kekasih impian mereka.

KPOP

Perlu diingatkan ketika ini penyanyi-penyanyi berkumpulan seperti Big Bang, Wondergirls, Girl Generation, KARA dan banyak lagi masih belum sampai pengaruhnya ke Malaysia. Pada ketika ini, kira-kira tahun 2007-2008, Kpop meluaskan empayarnya terlebih dahulu menerusi eksport drama-drama mereka. Kemungkinan besar kekacakan wajah hero dan kecantikan heroin drama Korea ditambah pula dengan jalan cerita yang sedih tahap gaban menyebabkan populariti Kpop meningkat secara mendadak.

KPOP

Nantikan part II yang akan menyusul minggu depan untuk informasi selanjutnya tentang fenomena Kpop di Malaysia. Kalau anda ada informasi yang menarik, ada fakta yang ingin diperbetulkan atau ingin berkongsi pengalaman Kpop anda, sila tinggalkannya di ruangan komen di bawah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

217 Comments

  1. Ayin

    July 18, 2012 at 9:59 am

    Saya tau jugak pasal perkembangan KPOP tp just search kt internet je, xdela sampai nk beli CD, DVD n g konsert. Pengaruh diorg xblh dinafikan, evolusi muzik, filem, drama, variety show dll jadi tarikan utama. Tapi, saya tetap xsetuju dgn kekerapan penganjuran konsert KPOP di Malaysia. Kalau sekali-sekala still blh diterima, tp kalau tiap2 event nk invite diorg, kesian la artis Malaysia. Cuma saya harap artis Malaysia dapat contohi attitude artis Korea. Walau sibuk mcm mn pn, pelajaran tetap diutamakan.

  2. .....

    July 16, 2012 at 6:29 pm

    kalau macam nilah cara awak nak sedarkan orang yg awak kata sesat tu…langsung x terkesan..belajar hormat orang dan saya rasa awak x layak panggil dia bodoh…u even dont know him/her….
    mungkin apa yang cuba diperkatakan…awak salah tafsir..ataupun bagi orang-orang yg berfikiran pandai macam awak..itulah cara awak tafsir…saya hanya memberi pandangan kerana bagi saya cara awak nak sedarkan orang tu totally wrong…mind your words, genius!

  3. Tina turner

    July 16, 2012 at 2:16 am

    Suka T ARA.. Nak melamar park jiyeon n ham eunjung sebagai isteri solehah..

  4. sonya

    July 15, 2012 at 9:33 pm

    2001 baru jejak korea ? nann 1999 dah balik… boring ler 4 thn kt korea tu..
    time tu negara korea x best langsung.. x menarik lgsung utk dilawati.
    mesti ko x kenal soetaiji wa aidel kan.. yoo seng jun.. kim jungmiin..untitled sume tu lagi power dr group kpop skrg.. lagu2 cpt boring.. arapkan muka plastik je leh wat cr makan.

  5. kesian MALAYSIAN

    July 15, 2012 at 8:24 pm

    org melayu je yg tergila2 kpop…org korea xde pon tau taksub ngan lagu2 melayu kita. kalo ade pon, lagu negaraku. tu pon terpaksa. kesian peminat kpop..syok sendiri..huakakakakak

    • Hani

      July 15, 2012 at 8:56 pm

      Abis tu,org Hollywood tu ada ke dgr lagu melayu? tgk citer melayu? org Hong Kong tu ada ke tgk drama melayu? org filipina ,org mexico..semua tu ada ke tgk telenovela melayu? org jepun ada ke tgk boboiboy,upin n ipin ? adakah org melayu pun syok sndiri dgn drama,filem,lagu n kartun kita tu?
      think before u speak..industri hiburan kita tak sebesar mereka..nk bwa keluar sesuatu filem atau drama pun pyh..kna betul2 berkualiti n perlu bajet yg hebat mcm Hikayat Merong Mahawangsa,Puteri Gunung Ledang..Penerbit perlu yg hebat dan well-known..
      yg penting,strategi perlu ada utk tarik penonton/pendengar luar..jgn salahkan kpop jika industri hiburan msia ni mmg ketandusan filem/drama dan lagu yg berkualiti..

    • that is it!

      July 15, 2012 at 11:00 pm

      itulah masalah mereka yg hanya tau cakap tanpa berfikir dulu…narrow minded..asal kpop je..semua salah…asal kpop je..semua lah x betul…asal bwk pengaruh buruk je..kpop..haila…..teknologi dah canggih..juz one click..all are in front of u…kl bukak page bukan2 pun..kpop jgk ke yg salah?
      common..music is universal..u suke..jalan..x kire suke ke x…kl nak ckp bab agama nak tunjuk alim…here is not the place..if u really are..u wont open this blog yg confirm2 lagho..grow up people!!
      asal kite tau batasan sudah…

    • Anonymous

      July 16, 2012 at 1:53 pm

      ohh nak ckp bab agama bukan kat sini? abis tu kat mana?? kat masjid? ko klu mak ko suruh semayang, ko ckp kat mak ko, kat sini bkn tempat nak ckp psl agama, pegi masjid la mak!! mcm tu ye??? nape ko x ckp je, klu jais tu betul2 alim, dia xkan pegi ke pusat pelacuran. diorg pegi sana utk ape?? bodo! org dtg sini sbb nak sedarkan manusia sesat mcm ko laaaaa…

Loading...