Fenomena Kpop Di Malaysia Part I

Hiburan

Fenomena Kpop Di Malaysia Part I

Sekarang ini di serata dunia semuanya sedang demam Kpop. Malaysia pun tak kurang hebatnya juga. Setiap kali ada artis Korea datang ke Malaysia, boleh dikatakan sold out jugaklah tiket-tiketnya. Paling hebat pastinya kehadiran Big Bang Ke Malaysia pada bulan Oktober nanti. Namun bagaimanakah Kpop ini bermula di Malaysia sebenarnya?

KPOP

Advertisement

Ketika Abang Nara sambung belajar di Korea pada tahun 2001, dunia masih tidak mengenali Korea. Samsung masih merupakan satu jenama yang dipandang rendah berbanding Sony. Drama-drama dan lagu-lagu Jepun masih kuat pengaruhnya di kalangan rakyat Malaysia. Namun segalanya bermula dengan penyebaran video klip lagu “Because I’m a girl” daripada kumpulan KISS.

Dengan melodi yang menyedihkan, lirik lagu yang menyentuh perasaan dan paling penting, video klip yang mampu mengalirkan air mata, sejarah Kpop bermula secara viral di Malaysia. Ramai yang mula tertanya-tanya tiada lagikah produk dari Korea yang sehebat lagu ini? Bermula dari sinilah masuknya drama-drama seperti Winter Sonata, Autumn In My Heart dan Stairway To Heaven.

kpop

Kemudian kemunculan idola Kpop yang bukan sahaja boleh menyanyi dan menari iaitu Rain menerusi lakonannya di dalam drama FullHouse menghangatkan lagi demam Kpop di Malaysia. Ramai gadis-gadis remaja jatuh cinta dengan lakonan Rain di dalam drama ini sekaligus mengisytiharkan Rain sebagai kekasih impian mereka.

KPOP

Perlu diingatkan ketika ini penyanyi-penyanyi berkumpulan seperti Big Bang, Wondergirls, Girl Generation, KARA dan banyak lagi masih belum sampai pengaruhnya ke Malaysia. Pada ketika ini, kira-kira tahun 2007-2008, Kpop meluaskan empayarnya terlebih dahulu menerusi eksport drama-drama mereka. Kemungkinan besar kekacakan wajah hero dan kecantikan heroin drama Korea ditambah pula dengan jalan cerita yang sedih tahap gaban menyebabkan populariti Kpop meningkat secara mendadak.

KPOP

Nantikan part II yang akan menyusul minggu depan untuk informasi selanjutnya tentang fenomena Kpop di Malaysia. Kalau anda ada informasi yang menarik, ada fakta yang ingin diperbetulkan atau ingin berkongsi pengalaman Kpop anda, sila tinggalkannya di ruangan komen di bawah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

217 Comments

  1. kpopshial

    July 15, 2012 at 8:20 pm

    ni laaa salah satu fenomena yg org xsedar slow2 menusuk bagi pengaruh kt ank muda melayu…kerajaan pulak dengan bangga mengalu2kan kedatangan makhluk2 kpop ni kat msia…xdo pekdah langsong! perabih duik yo!

  2. Rin

    July 15, 2012 at 7:38 pm

    hairannya knapa ada golongan yg mnentang habis2an kpop & kdrama??
    mreka ni mmg golongan yg xde point.. tah apa yg mreka minat agaknya..
    blk2 music core, blk2 cite rempit, blk2 cite lawan2 pedang, blk2 cite perang2… wekkkkkkkkk… aku x kutuk pon cuma mnyampah.. blk2 cite hero2 robot.. ewwwwwwww.
    korg x yah lah nak mngutuk artis2 korea yg hebat & popular tu..
    atas minat msg2 hokeh?
    aku suke aku suke aku suke kpop n kdrama.! :D

    • Anonymous

      July 16, 2012 at 1:45 pm

      dpd ko tgk semua2 x befaedah tu, baik ko tgk forum perdana setiap malam jumaat.

  3. Anonymous

    July 15, 2012 at 3:41 pm

    Kepada Peminat2 KPop sekalian,
    Saya MINTA MAAF sbb byk mengutuk artis2 kpop kesygan anda…sebenarnya sy pon MINAT GILER drama2 korea tu….muhahahhaaa…sebenarnya sayalah yang BODOH, PEROSAK BANGSA & DLL TU…MAAAAAFFFKAN SAYA…

    Yg benar,
    ~ANONYMOUS~

    • Anonymous

      July 16, 2012 at 1:46 pm

      ko tetibe nak mintak maaf kenapa? mmg ko bodoh pun, sape suruh ko minat kpop. ahahaha

  4. Arissa

    July 15, 2012 at 1:32 am

    nak tanya sikit,kalau minat k-pop ni salah,mcm mana plak dgn org2 yang minat team bola dari luar negara tu? setahu saya, Manchester United dah terang-terang gelarannya RED DEVILS,tp tetap disokong dan dipuja org melayu yg beragama islam gak..beli gak jersi yg harga ratusan ringgit,sanggup bersengkang mata tgk game bola smpai pgi.. Ada seseparuh lambang or logo pada jersi terpapar jelas lambang salib i.e jersi England dan jersi Portugal,bkn setakat org biasa,artis yg beragama islam pun ada pakai,,Mereka tu tak patut ditarbiah ke mcm peminat k-pop ni?
    so,pada saya,nak komen or tegur,biar adil. biar semua rasa. sebelum tu,kaji diri kita dulu,sudah cukup baikkah kita utk menegur org lain. setiap org ni dicipta dgn pelbagai minat dan citarasa,masing2 ada akal fikiran utk berfikir. jika kita dah menasihati,itu terpulang pada diorg nk terima atau tak. urusan kita dah habis. tak payah pulak dikutuk2 diorg,kita pula yg berdosa nnti. saya percaya,mereka tahu batasan mereka..
    p/s : saya bkn peminat kpop..cuma mahu keadilan dlm memberi komen..

    • Anonymous

      July 15, 2012 at 1:38 am

      xpayah tny, jwpan semua pun haram. ape lagi la masalahnye, dh haram tu haram je laaaaa

  5. sukasukijew

    July 15, 2012 at 12:50 am

    Salam abang nara, nak betulkan sikit je. Drama Korea n Kpop tu berbeza bang. Drama korea tu stands for the Drama Fever alone. and Kpop ni stands for Korean Pop. Alah, Kpop ni nyanyi2. kalau nak cakap betul, bukan fenomena kpop. It’s Halyu Wave that is stands for korean wave. Maybe saya salah, tapi, Fenomena Korea tu lebih betul. Not Kpop only. :)

    P/S : korang2 yg di atas ni, macam x tengok citer hindustan ke ape, pasal kpop pun nak kecoh, same je la wey macam korang minat neelofa. hahaha

    • Anonymous

      July 15, 2012 at 1:42 am

      apa minat neelofa?? kitorg x tgk citer2 lagho ni, kitorg tgk tilawah al quran je. bkn mcm ko.

Loading...