Seperti yang ramai sedia maklum, jenama makanan daging perap terkenal, Pak Mat Western, memang tak pernah gagal menarik perhatian di media sosial. Kreatif dan pantas menangkap trend, mereka sering jadi antara yang terawal menyahut cabaran atau menyertai trend terkini di TikTok. Semuanya demi satu tujuan, iaitu mempromosikan produk mereka secara lebih dekat dengan orang ramai.
Apa saja yang tengah tular di media sosial, pasti akan ada versi ‘Pak Mat Western’ yang diselitkan dengan promosi jenaka, gaya santai atau suntingan menarik. Teknik pemasaran agresif dan penuh hiburan ini ternyata berjaya mencuri tumpuan pengguna media sosial, membuatkan jenama ini kekal relevan dan sering disebut-sebut.
Tunggang isu demi publisiti?
Namun begitu, tak semua orang selesa dengan pendekatan mereka. Ada segelintir netizen mula menyuarakan rasa kurang senang, menyifatkan jenama itu seolah-olah ‘menunggang’ isu semasa demi meraih publisiti.
Baru-baru ini, seorang netizen telah meluahkan rasa kurang senang dengan teknik pemasaran terkini jenama makanan itu.
Ingatkan saya sorang saja yang rasa kurang selesa bila tengok video Pak Mat Western semalam, rupanya ramai juga yang tegur tentang penampilan influencer-influencer wanita Pak Mat Western.
Bermusim dan tak konsisten
Jelas individu itu, dia bukanlah tidak suka melihat mereka bertudung litup, tetapi kerana pemakaian itu dilihat hanya bermusim dan tidak konsisten.
Sekarang bagi mengikuti wave konsert Inteam, semuanya bertudung litup. Bagus dah, cuma harapan besarnya janganlah hanya berpenampilan begitu masa promosi content Islamik saja.
Ramai menantikan next siri punya konten, kalau depa kembali bertudung singkat, berpakaian ketat atau ala-ala tomboy balik, perbuatan bertudung litup sekarang nampak seolah-olah mempermainkan agama.
Dalam pada itu, dia turut berharap agar pasukan pemasaran jenama produk makanan itu kekal dengan penampilan sebegitu dan berharap agar mereka dapat menangkap kesedaran tentang benda yang salah dan sensitif agar perkara sebegini tidak berulang lagi.
Menjengah ke ruangan komen, ada setengah pihak yang bersetuju dengan pendapat yang diberikan namun ada juga yang mempertikai tindakan individu tersebut seolah-olah berpilih kasih dalam memberi teguran.
Selain itu, kami kongsikan oautan artikel lain yang menarik di bawah.