Arah kiblat merupakan syarat sah sewaktu melakukan ibadat solat. Zaman sekarang ni terdapat pelbagai cara untuk korang semak arah kiblat walau dimana saja korang berada seperti menggunakan aplikasi dan sebagainya.
Kalau masih tak yakin, korang berpeluang untuk semak arah kiblat ketika fenomena Istiwa A’dzam yang dikatakan berlaku pada petang 28 Mei ini tau.
Menurut Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak, fenomena tersebut berlaku ketika betul-betul matahari tepat berada di atas Kaabah, Mekah.
Macam mana caranya? Pada masa itu, korang boleh tengok arah bayang matahari dan arah kiblat adalah bertentangan dengan bayang tersebut. Kalau nak tahu dengan lebih jelas, korang boleh tengok perkongsian dari Jabatan Mufti Negeri Perak ini.