Fenomena Elnino : Tasik Bukit Merah Terjejas Teruk

Trending

Fenomena Elnino : Tasik Bukit Merah Terjejas Teruk

1Cuaca panas yang melanda negara akibat fenomena El Nino telah memberi kesan dan menjejaskan beberapa empangan utama di Malaysia, empangan Bukit Merah tidak terlepas terjejas apabila empangan bersaiz 480 km persegi ini dilaporkan semakin surut.
Memetik laporan The Star, empangan Tasik Bukit Merah tersebut mempunyai kawasan terdalam hanya 6 meter yang meliputi 14% keseluruhan tasik.

Lebih dua pertiga kawasan tasik berkenaan mula timbul dengan menunjukkan landskap sepi tunggul-tunggul pokok yang sekian lama tenggelam.

Advertisement

3

11

12
” Walaupun hujan telah turun beberapa malam lalu hasil pembenihan awam, namun dilihat ianya tidak berjaya meningkatkan air empangan.”

“Tasik ini telah kehilangan terlalu banyak air,” kata Pengerusi Jawatankuasa Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin semalam.

Tolok hujan pada malam rabu lalu hanya menunjukkan kenaikan sebanyak 2mm.

Sejak 11 April lalu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia telah menghantar pesawat yang sarat dengan garam halus untuk merangsang awan di beberapa empangan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, pesawah telah mengalami kerugian besar kerana air yang hendak disalurkan kepada sawah mereka melalui empangan tidak dapat melepasi pintu mempangan kerana air terlalu kering.

Ini menyebabkan pesawah mengalami kerugian kira-kira RM8 juta, mereka merayu kerajaan persekutuan melalui Pengerusi Pertubuhan Peladang Perak Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar untuk meringankan bebenan yang tanggung mereka kini.

Beratus-ratus arowana kolam ikan, yang boleh dilihat di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan di sebelah Tasik Bukit Merah, kini memegang stok ikan mereka bernilai ratusan ribu ringgit setiap ladang di kolam-kolam bertakung kerana mereka tidak mempunyai air untuk menyegarkan kolam mereka.

Selain itu, Pulau Orang Utan yang berada di tengah Tasik Bukit Merah telah ditutup selam dua minggu kerana bot penumpang tidak dapat mendekati jeti kerana air terlalu kering.

13

5

2

9

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.