Fenomena Dan Kenapa Salji Di Russia Bertukar Menjadi Warna Oren

Trending

Fenomena Dan Kenapa Salji Di Russia Bertukar Menjadi Warna Oren

Bandar Sochi di Rusia dikenali setelah mereka menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk pada tahun 2014. Tetapi sejak beberapa hari kebelakangan ini, bandar peranginan itu telah terkenal dengan sebab yang lain apabila  gunungnya berdebu merah dan kelihatan seperti permukaan Marikh.Ahli meteorologi UK Steven Keates memberitahu angin yang telah membawa pasir dari gurun Sahara di Afrika Utara ke Eropah Timur,  menyebabkan fenomena salji oren ini terjadi.

Advertisement

Debu yang bercampur dengan ribut dan hujan, telah menjadikan warna salju pelbagai warna merah dan oren.

Menurut CNN, badai pasir itu berpindah dari Afrika Utara ke Greece sebelum menuju ke Eropah Timur, dan ia juga dapat dilihat dalam rakaman dari satelit Terra NASA.

Imej satelit NASA

Beberapa gambar yang paling menarik di Rusia telah dikongsikan di media sosial, tetapi fenomena ini juga telah dilihat di Bulgaria, Romania, dan Ukraine minggu ini.

Menurut BBC, fenomena ini berlaku kira-kira setiap lima tahun. Berikut adalah beberapa foto pengguna yang dikongsikan  di media sosial.

Bila admin tengok ni, mula-mula nampak lain macam sikit. Apa-apa pun fenomena ini adalah bukti kekuasaan Allah dan menarik untuk dilihat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...