Bandar Sochi di Rusia dikenali setelah mereka menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk pada tahun 2014. Tetapi sejak beberapa hari kebelakangan ini, bandar peranginan itu telah terkenal dengan sebab yang lain apabila gunungnya berdebu merah dan kelihatan seperti permukaan Marikh.Ahli meteorologi UK Steven Keates memberitahu angin yang telah membawa pasir dari gurun Sahara di Afrika Utara ke Eropah Timur, menyebabkan fenomena salji oren ini terjadi.
Debu yang bercampur dengan ribut dan hujan, telah menjadikan warna salju pelbagai warna merah dan oren.
Menurut CNN, badai pasir itu berpindah dari Afrika Utara ke Greece sebelum menuju ke Eropah Timur, dan ia juga dapat dilihat dalam rakaman dari satelit Terra NASA.
Beberapa gambar yang paling menarik di Rusia telah dikongsikan di media sosial, tetapi fenomena ini juga telah dilihat di Bulgaria, Romania, dan Ukraine minggu ini.
Menurut BBC, fenomena ini berlaku kira-kira setiap lima tahun. Berikut adalah beberapa foto pengguna yang dikongsikan di media sosial.
Bila admin tengok ni, mula-mula nampak lain macam sikit. Apa-apa pun fenomena ini adalah bukti kekuasaan Allah dan menarik untuk dilihat.