Felixia Yeap Akui Diri Masih Solo

Hiburan

Felixia Yeap Akui Diri Masih Solo

Sudah memeluk agama Islam sejak 7 bulan yang lalu, jarang sekali kita mendengar perkembangan terkini mengenai Felixia Yeap. Namun, baru-baru ini gadis berbangsa China ini di gosipkan sudah mendirikan rumah tangga secara senyap.

Advertisement

Bukan itu sahaja, Felixia sebelum ini dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang kerabat diraja Selangor iaitu Raja Zainal Badri.

Menerusi laman Facebook rasminya, Felixia menyifatkan segala gosip dan kontroversi  tentang beliau sudah berkahwin adalah fitnah semata-mata. Buat masa ini beliau masih lagi solo.

Saya rasa masih ramai yang tak faham kot. Asyik dengar orang sebar fitnah yang saya dah kahwin, padahal saya hidup sebatang kara tiada berimam. Batang hidung bakal imam pun tak nampak lagi. Dah kena gosip kahwin dengan siapa pulak??

Takpe la…mungkin saya perlu ulang setiap hari sehingga orang ramai faham. Biar hari2 baca sampai meluat. HAHAHA.

SAYA TAK KAHWIN LAGI.
SAYA TAK DATING DENGAN SIAPA-SIAPA.
SAYA TAK BERPUNYA DAN MASIH BUJANG.

Tudiaaaaa. Ada faham? Ini amoi manyak single. Hokey? #?amoiissingle?

Bak kata Felixia Yeap, “ ini amoi manyak single” maksudnya ada la lagi peluang untuk abang-abang handsome diluar sana masuk jarum ye dak?  Siapa yang tidak mahu gadis secantik dan semanis Felixia Yeap sebagai isteri bukan. Lebih-lebih lagi kalau anda dapat membimbing beliau dalam menuntut agama Islam.

Sumber Berita: Facebook Felixia Yeap

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...