Felda Tawar 4,5000 Jawatan Kosong Kepada Warga Tempatan

Trending

Felda Tawar 4,5000 Jawatan Kosong Kepada Warga Tempatan

Berita baik buat individu yang ingin mencari pekerjaan kerana Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah menawarkan 4,500 jawatan kosong kepada warga tempatan atau masyarakat Felda menerusi Briged Operasi Ladang melibatkan 10 Wilayah Felda di negara ini.

Timbalan Pengarah Besar (Operasi) Felda, Datuk Amir Hamdan Yusof berkata, usaha berkenaan dikendalikan di bawah pakej Penjana @ Felda dengan pengambilan pekerja dilakukan secara berperingkat.

Beliau berkata, Felda bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi menjayakan beberapa inisiatif bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada generasi baharu Felda dan golongan kehilangan pekerjaan.

Advertisement
Ladang Felda

Gambar Hiasan

“Bagi fasa permulaan ini kita membuka ruang temuduga membabitkan beberapa jawatan termasuk Briged Operasi Ladang dengan 896 kekosongan yang ditawarkan daripada keseluruhan 4,500 kekosongan yang akan ditawarkan di lokasi lain”

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif AKPK,Azaddin Ngah Tasir dan Timbalan Ketua Eksekutif Bahagian Operasi Perkeso, John Riba Anak Marin.

Mengulas lanjut, Amir Hamdan berkata, pelbagai insentif menarik disediakan bagi menarik minat generasi baharu Felda terlibat dalam industri perladangan.

“Faedah istimewa seperti pendahuluan pembelian motosikal bernilai RM1,000, elaun persediaan kerja antara RM500 hingga RM1,000, elaun motosikal (RM100), elaun perumahan (RM100), insentif kehadiran (RM100) dan elaun produktiviti (RM100) ditawarkan kepada semua calon yang berjaya dalam temuduga ini.

Ladang Felda

Gambar Hiasan

“Usahasama antara semua agensi ini bersandarkan aspirasi mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi warga Felda di samping mewujudkan komuniti yang celik kewangan,” katanya.

Dalam pada itu katanya, peruntukan bagi insentif yang berjumlah RM2 bilion itu akan disalurkan oleh

Ujarnya, Kementerian Sumber Manusia melalui Perkeso manakala AKPK akan menyediakan program latihan induksi dengan kerjasama Yayasan Felda bagi semua calon yang berjaya.

Semoga ada rezeki buat sesiapa yang memohon ya. InShaaAllah.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...