Felda Mahu Berdikari, Ismail Sabri Tampil Jawab Tuduhan TMJ

Trending

Felda Mahu Berdikari, Ismail Sabri Tampil Jawab Tuduhan TMJ

Kerajaan menafikan dakwaan Tuanku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang Felda sudah tersasar daripada tujuan asalnya untuk membasmi kemiskinan.

Advertisement

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata Felda digalakkan mencari pendapatan bagi membolehkan ia berdikari dan menampung perbelanjaan mereka.

“Felda tidak pernah lari pun daripada landasan asalnya. Felda daripada asalnya, menyusun semula masyarakat, memberikan tanah kepada orang Melayu yang tidak ada tanah untuk tingkatkan pendapatan mereka dan sebagainya.

“Bukan bermakna Felda itu berniaga, ia lari daripada tujuan asal. Felda satu ketika dahulu, sewaktu ditubuhkan, mendapat bantuan, sokongan kewangan daripada kerajaan,” kata Ismail ketika ditemui di Seminar Gagasan Pemikiran Tun Abdul Razak di Putrajaya.

Baru-baru ini, Tunku Ismail membidas Felda kerana menyalah gunakan wang peneroka bagi kepentingan individu tertentu, dan mempersoalkan keperluan agensi kerajaan sepertinya menubuhkan pasukan bola sepak.

“Ini adalah kes yang jelas penyelewengan dana yang diperuntukkan untuk golongan miskin,” katanya dalam wawancara diterbitkan di laman Facebook pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ismail Sabri, bagaimanapun, berkata Felda seperti juga agensi kerajaanm perlu mencari pendapatan sendiri.

“Sebab itulah perlunya adakan perniagaan kerajaan dan sebagainya,” katanya.

“Felcra dulu ditangung sepenuhnya oleh kerajaan dan kerajaan minta Felcra cari pendapatan sendiri supaya kerajaan tak perlu tanggung,” katanya merujuk sebuah lagi program membantu masyarakat luar bandar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...