Mengambil keputusan untuk melenting selepas foto miliknya disalah guna oleh peniaga atas talian, penyampai radio tersohor, Feeya Iskandar mendedahkan pihak tidak bertanggungjawab itu hanya membayar sekali sahaja untuk menggunakan perkhidmatannya.
Feeya bertindak memuat naik foto dirinya mempromosikan produk kecantikan penegang payudara yang diiklankan pihak berkenaan tanpa rasa bersalah.
“Bayar sekali guna gambar orang berkali-kali. Senang hidup. Ambil kesempatan.”
Menurutnya, pihak berkenaan hanya membayar sekali sahaja untuk tujuan promosi, namun seakan tidak profesional, pihak tersebut masih menggunakan foto Feeya memegang produk itu berulang kali bagi melariskan jualan mereka.
Tambahnya lagi, beliau tidak akan menghalalkan niat pihak terbabit bagi melariskan produk.
“Aku cuma nak cakap aku tak halalkan kau guna gambar aku.”
Terdahulu, beberapa orang selebriti turut mengalami situasi yang sama antaranya Azhar Rani, Uqasha Senrose, Adibah Noor dan Khai.
Lebih perit, pasangan penyanyi Khai dan Rosma juga mengakui kesal apabila ada pihak yang mengambil kesempatan menggunakan gambar mereka untuk melakukan perniagaan tanpa kebenaran.
Malah Khai juga sebelum ini menjelaskan dirinya sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit dan kesal dengan perbuatan yang dilakukan oleh pihak terbabit.
Sumber: Gempak