June 22nd, 2020

Memuat naik foto ros putih berserta kapsyen panjang sempena hari lahir arwah bapanya di salah sebuah posting di laman Instagram baru-baru ini, pelakon Fazura zahir rasa sayu mengenangkan permergian arwah bapanya.

fazura sayu pemergian arwah bapa

Menurut Fazura, jika bapanya masih hidup, beliau kini telah berusia 64 tahun. Biarpun begitu, Fazura turut menyatakan andai bapanya masih hidup, pasti perasaan sayu itu tidak dapat digambarkan apabila mendapat tahu dirinya yang kini sedang hamil bakal melahirkan anak pertamanya tidak lama lagi.

“Tahun ni rasa sayu yang luarbiasa, mengenangkan apa yang Papa rasa kalau dia ada depan Faz sekarang bila anak perempuan tunggalnya bakal melahirkan anak pertama.”

Fazura juga berkata, beliau amat rindu terhadap arwah bapa, namun tetap berasa dekat dengan bapanya kerana tidak pernah lekang mendoakan kesejahteraan arwah bapa di sana.

Dalam pada itu, beliau juga memohon para pengikut untuk bersama menitipkan doa buat arwah agar sentisa berada dalam redha Ilahi.

fazura sayu pemergian arwah bapa

“Pohon Faz jika semua dapat titipkan doa buat Allahyarham papa.. Sharifuddin bin Adnan. Semoga rohnya sentiasa berada di dalam keredhaan dan kemuliaan Allah SWT.”

April lalu, Fazura mengesahkan dirinya telah hamil anak sulung selepas dua tahun mendirikan rumah tangga bersama pelakon tampan Fattah Amin. Bagaimanapun, jantina bayi mereka masih dirahsiakan. Menurut pasangan ini, mereka bakal menyambut kelahiran cahaya mata itu sekitar akhir tahun ini.


One response to “Fazura Zahir Rasa Sayu Kenangkan Pemergian Arwah Ayah”

  1. Anonymous says:

    Nara, tak boleh ke ada gambar yang descent sikit untuk posting artikel sebegini? Tepuk dahi la… haih

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...