Fazura Tolak Tawaran Jadi Pengacara Nona, Bukan Untuk Ganti Neelofa

Hiburan

Fazura Tolak Tawaran Jadi Pengacara Nona, Bukan Untuk Ganti Neelofa

Impian untuk melihat Nur Fazura mengacarakan program Nona nampaknya tidak akan kesampaian. Ini kerana Fazura telah pun menolak tawaran tersebut kerana terikat dengan komitmen lain. Abang Nara agak kecewa sebenarnya. Fazura memang sesuai dengan Nona kerana dirinya memang “vogue”, bergaya dan ekslusif. Sesuai dengan tema program Nona itu sendiri.

fazura tolak nona

Advertisement

Kata Fazura kepada Berita Harian hari ini:-

Memang Faz ada terima tawaran daripada penerbit eksekutif Nona, Ezzah Aziz Fawzy, yang mahukan Faz jadi pengacara Nona. Terus-terang Faz sangat terharu apabila beliau sendiri datang ke butik Faz untuk bertanyakan hal itu.

Bagaimanapun Faz terpaksa menolak tawaran berkenaan secara baik kerana kesuntukan waktu, selain terikat dengan pelbagai komitmen yang dipersetujui lebih awal. Insya Allah jika ada rezeki Faz pada masa akan datang, Faz akan terima.

fazura tolak nona

Namun begitu diharap anda semua tidak salah faham. Tawaran yang diberikan kepada Fazura bukanlah untuk menantikan pengacara sedia ada iaitu Neelofa dan Fara Fauzana. Namun ia adalah tawaran sebagai pengacara jemputan. Terang penerbit eksekutif Nona iaitu Ezzah Aziz Fawzy:-

Memang kami ada menawarkan kepada Fazura untuk menjadi pengacara Nona, namun ia bukanlah untuk menggantikan sesiapa. Sebaliknya ia lebih sebagai pengacara jemputan.

Manalah tahu jika ada pengacara tetap yang bercuti atau ada hal yang tak dapat dielakkan, sekurang-kurangnya adalah juga pengganti.

Kontrak untuk 2 pengacara Nona sebleum ini sudah pun diperbaharui. Jadi mana mungkin ada bakal menggantikan sesiapa.

fazura tolak nona

Jadi kepada peminat-peminat Neelofa, bolehlah anda menarik nafas lega. Mungkin satu hari nanti apabila Faz sudah ada kelapangan, kita boleh melihat gandingannya dengan Neelofa mengendalikan Nona. Mesti kebabom punya. Kedua-duanya pun memang ada daya tarikan tersendiri. Tak gitu? Beberapa lagi gambar terbaru Fazura dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
mawar fareedaP.S: Ingin tampil secantik Mawar, isteri Fizo Omar? Ingin nyata jelita? Rahsia kelihatan menawan dengan tudung terkini dari Fareeda. Jangan bertangguh lagi…layari segera Facebook Fareeda Nyata Jelita sekarang juga.


fazura tolak nona
fazura tolak nona
fazura tolak nona

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...