Permulaan tahun baru menyaksikan penyatuan dua jiwa iaitu Elfira Loy bersama pilihan hatinya Faris K Anuar yang sah bergelar suami isteri semalam. Sebelum itu, ada sebuah portal hiburan melaporkan pasangan ini akan mengadakan lima majlis resepsi perkahwinan sekaligus dalam bulan ini.
Media tersebut membandingkan perkahwinan Elfira lebih gempak daripada pasangan popular FattZura.
Bagaimanapun, Fazura meluahkan rasa tidak puas hati dengan tajuk laporan media tersebut. Padanya perbandingan tersebut tidak perlu dilakukan.
Fazura dan suaminya Fattah Amin tidak pernah menganggap ataupun meletakkan diri mereka sebagai selebriti paling popular mahupun melebihi orang lain.