Written by Bella | April 3rd, 2019

Pelakon Nur Fazura masih tetap dengan pendiriannya yang menggesa Datuk Hans Isaac untuk memohon maaf kepadanya dan suami, Fattah Amin berikutan kiriman mesej yang menuduh beliau tidak menghormati artis lain dan membuat keputusan mengikut kehendak sendiri ketika bergandigan bersama suaminya itu sebagai penyampai anugerah FFM30 Sabtu lalu.

Kata Fazura, beliau tidak bersalah dan mengetahui dengan jelas protokol majlis rasmi. Mesej Hans itu sudah memburukkan namanya dan Fattah.

Selaku anak seni yang sudah berkecimpung lebih 10 tahun dalam industri, saya tahu protokol majlis rasmi.

Apa yang berlaku sekarang mencalarkan nama baik saya dan suami. Selain itu, kiriman mesej dari Hans Isaac memburukkan lagi situasi dan saya memohon agar beliau meminta maaf atas tindakannya.

Terdahulu, Hans mengakui terkilan dengan tindakan Fazura yang mendedahkan mesej peribadi antara mereka kepada pihak media. Apa salahnya untuk bertemu empat mata sekiranya spekulasi mengenai kemunculan Fattah sebagai penyampai anugerah itu tidak benar. Menurut Hans, beliau hanya akan meminta maaf sekiranya dirinya betul-betul salah.

Sumber Berita : Kosmo Online

66 responses to Fazura Tetap Mahu Hans Isaac Mohon Maaf

  1. Anonymous says:

    Rumah siap pahat berbunyi. Orang lain yg bising2 kat belakang pasal kelayakan penyampai anugerah, Ofcos hans yg bert/jawab luluskan list nama pn terpalit Hakak fatzura ni tak paham ke. Astro ingat FFM ni mcm gegar varganza maharaja lawak ke nk suprise2 gimik murahan merepek bagai. Fans pun sama, semua benda nk kaitkan personal last2 nelopak pulak salah.

  2. luls says:

    ni perempuan makin menjadi eh lepas dengan fattah. yang suami pulak duduk bawah ketiak bini je. halah halah

  3. Anonymous says:

    kau da kenapa..dia wasap kau je tanya…kau yg make it public..pastu suro org minta maaf.. plastic la….tak habis2 sending lots of loveeeeee

    • Animosity says:

      Biasala faz perasan hollywood americano sgt…”i love you all…love you all…thank u…thank u”…padahal date je usa kawin mat msia gak

  4. easy peasy says:

    apehal la pompuan ni meroyan. Dia wasap kau personal kot, kau jawab la personal ngn dia, so dia pun boleh minta maaf personal ngn kau. Kau sengaja nak bagi Hans malu ke ape? Bullshit perangai

  5. Confused says:

    pelik, hans WA dia personal, tanya apa yg jatuhkan maruah. lain lah kalau hans yg keluarkan statement dia ada WA fazura asking about this issue, itu baru jatuhkan maruah, skg sape bocorkan pasal this WA, fazura sendiri apa, you said you know protocol majlis tapi you still dont know law protocol. if you want hans to apologize, you can just WA him rite, why must inform media social. bahagia jgn tunjuk sgt nanti jadi if ditakdir diberi cobaan dan dugaan, nanti terus down