December 20th, 2018

Berita pemergian Allahyarham Muhammad Adib  yang meninggal dunia akibat kecederaan parah dipukul ketika insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman memberikan kesan yang cukup mendalam buat rakyat Malaysia.

Paling membuatkan netizen sedih apabila melihat beberapa foto kad undangan perkahwinan arwah dan tunangnya, Nurul Najihah yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu ini.

Turut meluahkan kesedihannya, pelakon dan penyanyi Nur Fazura menerusi akaun Instagramnya mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan pada masa yang sama menyatakan hasratnya untuk membantu Nurul sekiranya memerlukan.

Fazura menyifatkan Nurul seorang insan yang kuat dan mendoakan wanita itu dapat menjalani ujian tersebut dengan tabah.


60 responses to “Fazura Tawarkan Bantuan Kepada Tunang Arwah Muhammad Adib”

  1. Anonymous says:

    Biadapnye rakyat malaysia skrg ni. Pandai komen dari belakang sj..ayuh bg la idea…apa yg awak pulak boleh bantu.

  2. Anonymous says:

    biarlah fazura nk bantu tunang adib…kesian laa tunang adib tu…pasal family adib diaorg akan dpt pencen adib. tunang dia takkan dpt apa2…kesian lah. maybe bukan dlm bentuk kewangan fazura nk bantu…kesian tunang adib korang cakap baru tunang bukan isteri…tunang tu nk jadi isteri lah tapi Allah dh jemput adib dulu…korang cakap tak pikir perasaan org…persiapan dh siap 80% tau…

  3. Anonymous says:

    dia tak cakap pon nak hulurkan bantuan kewangan..mungkin ni bantuan dari segi emosi..tunang dia kan peminat fazura ., aduhai

  4. Anonymous says:

    biar lah faz offer nk bantu mention tunang adib.. sbb si najihah tu follower @fans dia… alahaiii korang ni pun meroyan tak check lorong dulu…

  5. Anonymous says:

    Bagus fazura, tapi alahai…

Loading...