Fazura Tak Sangka Permaisuri Selangor Berkenan Mengenakan Tudung Jenamanya

Hiburan

Fazura Tak Sangka Permaisuri Selangor Berkenan Mengenakan Tudung Jenamanya

Pelakon popular Fazura terharu selepas Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan mengenakan tudung daripada jenamanya iaitu Tudung Fazura.

Nur Fazura
2 bulan lalu

Hadiah Penuh Rumah, Fazura Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-38

Advertisement

Sebelum ini, Fazura juga menerima seutas rantai berlian untuk anaknya Fatima daripada Tengku Permaisuri Selangor. Hadiah itu merupakan kurniaan Tengku Permaisuri Selangor bersempena ulang tahun kelahiran Fatima yang pertama.

Fazura, 38, memuat naik beberapa keping gambar melalui Instagramnya yang memaparkan Tengku Permaisuri Selangor berkenan memakai tudung jenama miliknya ketika berangkat hadir ke sebuah majlis penyampaian sumbangan semalam.

Advertisement

Redup pandangan, sejuk mata memandang, dari mata turun ke hati. Saya sangat kagum, bersyukur dan berbesar hati melihat Tengku Permaisuri Selangor berkenan mengenakan Tudung Fazura.

Pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu berasa kagum apabila melihat seorang wanita yang berpangkat Permaisuri sudi mengenakan sehelai tudung yang hanya berharga RM27.

Fazura

Fazura atau nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin juga berharap sikap rendah diri Tengku Permaisuri Norashikin dapat dijadikan teladan yang baik untuk semua rakyat jelata.

Dalam kita sering didendangkan dengan kisah-kisah hartawan, sungguh menginsafkan melihat seorang permaisuri negeri berkenan mengenakan tudung dengan harga kurang daripada RM30

Hubungan baik antara Tengku Permaisuri dengan Fazura bukan lagi menjadi perkara asing dalam kalangan netizen selepas dia beberapa kali menerima hadiah istimewa daripada Tengku Permaisuri.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    October 13, 2021 at 4:42 pm

    halah2..rmai je rakyat marhaen pkai tudung murah..setakat tudung bawal camtu dh bersepah..fareha tu lg sedap dan murah..anti kedut lg..apsal artis ni byk y bengap eh??nk buat bisnis cari laa bnda lain..bila tuudng bawl ni femes sume nk buat tudung bawal jenama sndri..dl shawl, skrg tudung bawl..lps ni tudung saji pulak ke..

  2. excellent! your highness

    October 7, 2021 at 2:08 pm

    this… this shld be more uploaded berbanding kisah2 merepek selebriti mcm marshaira semail

    tak kisah laa walau tdg murah
    di waktu pandemik ni di mana rakyat hilang mata pencarian dan perlu ikat perut
    kemudian golongan bangsawan tnjuk cth yg baik iaitu beli yg murah sahaja
    takde lah panas sgt hati rakyat

    berbanding waktu rakyat sengsara
    bangsawan tnjuk beg berjenama, makan sedap2, melancong tempat2 mewah
    so ini lebih dekat dgn rakyat
    walau kita tahu dlm almari dia bersusun beg2 jenama terkenal
    tapi tauladan nya, walau dia berdarjat tinggi, tak malu nk beli sesuatu yg murah

    kalau tak nampak jugak tauladan dari kisah ni… x tau nk kata apa

  3. Anonymous

    October 7, 2021 at 1:52 pm

    tudung murah ?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...