Fazura ‘Sound’ Faezah Elai ‘Body Shaming’ Wakilnya Di Anugerah Telenovela

Hiburan

Fazura ‘Sound’ Faezah Elai ‘Body Shaming’ Wakilnya Di Anugerah Telenovela

Menang besar pada malam Anugerah Telenovela 2018, pelakon jelita Nur Fazura bagaimanapun tidak dapat hadir ke anugerah tersebut kerana terikat dengan komitment lain. Fazura telah menghantar seorang wakil untuk menerima trofi bagi pihaknya di atas pentas.

Advertisement

Namun, kecoh semalam apabila Fazura meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyampai anugerah iaitu Faezah Elai yang menyindir ataupun memerli saiz bentuk badan wanita yang mewakili beliau. Paling memalukan apabila satu dewan turut tertawa.

Wanita yang mewakili Fazura

Ayat Faezah yang berbunyi Fazura lepas 5 orang anak” dianggap seakan ‘body shaming’. Malah rata-rata pengikut Instagram Fazura turut merasa marah dengan kata-kata Faezah itu yang mampu mendatangkan malu serta mengguris hati orang lain.

Mugkin juga Faezah ingin bergurau tetapi caranya itu tidak sesuai dan tidak kena pada tempatnya. Harapnya selepas ini beliau akan lebih berhati-hati ketika bercakap agar tidak menimbulkan salah faham ramai.

Sumber Berita : Forum CARI

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...