Fazura Rimas Disoal Siasat Oleh Lelaki Yang Ingin Mengenalinya

Fazura Rimas Disoal Siasat Oleh Lelaki Yang Ingin Mengenalinya

Pelakon jelita Nur Fazura Sharifuddin masih single jadi tidak hairan wajah cantik yang dimiliki menyebabkan ramai lelaki berminat untuk mengenali dirinya. Melalui Berita Harian, Fazura memberitahu dia tidak kisah berkenalan dengan mereka.
 photo 10735567_239402803067608_881639902_n.jpg

Namun begitu, apabila ia sudah sampai tahap mengganggu privasi dirinya, dia merasa rimas. Kata Fazura:

Advertisement

Walaupun Faz sibuk dengan kerja, tetapi Faz membuka ruang untuk mana-mana lelaki mengenali diri ini. Tetapi apabila diberi peluang, lain pula jadinya.

Baru kenal hari ini, sudah sibuk bertanya Faz macam-macam dan menyoal selidik apa yang Faz buat, ke mana Faz pergi dan dengan siapa Faz keluar. Semua itu membuat Faz jadi rimas.

Saya tidak kisah jika ada yang mahu berkenalan, tetapi rasanya tidak perlulah menjadi pegawai penyiasat sebab perkara seperti itulah yang akan membantutkan perasaan untuk mengenali mereka.

Biasalah orang lelaki kalau suka sangat mesti menunjukkan minat yang terlebih sampai orang perempuan boleh freak out. Sudah diberitahu sebegini diharap lelaki di luar sana bersikap sabar dan cool kalau mahu berkenalan lebih rapat dengan Fazura. Janganlah sampai orang rasa meluat pula, bukan?

 photo 1169186_224220267931189_1366027144_n.jpg

Dalam pada itu, Fazura turut memberitahu dia dilamar oleh syarikat rakaman luar negara untuk menguruskan kerjaya nyanyiannya dan sekiranya berjalan lancar, dia akan menandatangani kontrak dengan mereka dalam masa terdekat.


 photo 12819073_965785130143416_1261688076_n.jpg
Jelasnya, dia berkongsi berita gembira itu dengan peminatnya, namun tidak mahu memberti keterangan lanjut. Fazura juga berkata tidak akan meninggalkan Malaysia walaupun akan sibuk ke luar negara untuk menguruskan kerjaya nyanyiannya.

Fazura telah muncul berduet dengan kumpulan Estrange untuk lagu Hancur Aku dan juga terbaru berduet dengan penyanyi Indonesia Ridho Roma untuk lagu Bulan Terbelah di Langit Amerika. Sekiranya anda masih belum mendengar lagu itu, sila dengar di sini.

Jom saksikan Slot Panggung Seni Ekstravaganza Muzikal Randai “Cindua Mato” pada 25, 26 dan 27 Mac ini di Panggung Sari,…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 6 March 2016

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...