Ada ura-ura mengatakan selebriti Fazura ingin menarik diri daripada peringkat separuh akhir Muzik-Muzik. Fazura sebenarnya tercalon bersama kumpulan Estranged menerusi lagi Hancur Aku.
Berbicara mengenai isu beliau ingin menarik diri, Fazura menerusi portal BH ONLINE agak terkejut mendengar khabar angin itu dan menyifatkan ia adalah fitnah semata-mata.
Cerita itu tidak benar sama sekali dan ia adalah satu fitnah. Ramai peminat yang mahu melihat saya dan Estranged sama-sama masuk ke peringkat separuh akhir dan kalau boleh, hingga ke pentas Anugerah Juara Lagu. Atas alasan itu juga peminat mengundi kami.
Jadi, kenapa pula saya hendak menarik diri? Apakah ada orang lain hendak menggantikan tempat saya?
Fazura memberitahu beliau dan ahli kumpulan Estranged telah berusaha sehabis baik untuk mara ke peringkat separuh akhir. Tentu sekali beliau merasa teruja dan sudah membuat pelbagai persiapan bagi acara tersebut yang berlangsung malam ini di TV3.
Ketika mula-mula memasuki program Muzik-Muzik, saya hanya terfikir untuk menyanyi. Saat itu, saya tidaklah menaruh harapan terlalu tinggi. Maknanya, kalau berjaya ke peringkat seterusnya, ada rezeki untuk kami. Apabila pihak label memberitahu lagu ini berjaya ke peringkat separuh akhir, kami jadi teruja.
Saya sedar, persaingan dalam pertandingan ini memang sengit dan saya pula bukanlah seorang penyanyi hebat. Apapun, saya akan cuba untuk memberikan persembahan yang terbaik.
Bukan mudah untuk bertanding didalam pentas besar seperti Muzik-Muzik 31 dan tidak mungkin seseorang artis itu akan melepaskan peluang untuk mencuba nasih melangkah ke peringkat akhir. Siapa tahu mungkin Fazura dapat memberikan persembahan yang luar biasa malam ini? Hehe..