February 27th, 2017

Bukan mudah sebenarnya untuk pengarah Michael Ang, mencari pengganti Neelofa untuk membintangi drama Hero Seorang Cinderella. Beberapa juga selebriti dikatakan menolak tawaran berkenaan termasuk pelakon terkenal Nur Fazura.

Namun, Fazura menafikan perkara berkenaan dan memberitahu beliau bersifat terbuka dengan setiap tawaran yang diberikan dan beliau juga sedia untuk bergandingan dengan Fattah Amin.

Perkara itu tidak benar. Saya tidak pernah melahirkan rasa bimbang untuk mengambil watak yang ditawarkan, sama ada dari segi profesional atau berkaitan sambutan peminat seperti yang didakwa.

Menurut pihak pengurusan Fazura, Kenny Ong, pihak beliau sudah bertemu dengan Michael Ang untuk berbincang mengenai tawaran tersebut, walaubagaimanapun buat masa ini tiada sebarang kata putus yang dapat diberikan.

Antara pelakon wanita lain yang dikatakan bakal bergandingan dengan Fattah ialah Emma Maembong, Janna Nick dan Nur Fathia.

Pengunduran diri Neelofa daripada drama berkenaan membuatkan impian  peminat Lofattah untuk melihat mereka berlakon bersama tidak kesampaian. Malah, Fattah juga mengakui enggan lagi bergandingan dengan Neelofa dan berharap agar tiada lagi yang berkata mengenai fenomena Lofattah.

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...