Baru-baru ini video Fazura mengatakan beliau mengidam selepas seorang wanita menegur beliau makan terlalu banyak menjadi viral. Ramai yang menyangka Fazura seakan memberikan “hint” beliau sedang hamil.
Namun, Fazura menafikan gosip tersebut dan menjelaskan video itu sekadar gurauan sahaja. Jika benar beliau sudah hamil satu hari nanti, Fazura pasti akan mengumumkan berita gembira tersebut.
Sejujurnya, saya sendiri belum tahu yang saya hamil atau tidak. Saya belum melakukan sebarang pemeriksaan. Saya memang kuat makan pun.
Video tersebut hanya sebagai satu gurauan sahaja. Tak sangka perkara tersebut diperkatakan. Jika benar saya disahkan hamil, saya akan umumkan kepada semua pihak, Insya-Allah. Jika ada berita baik, pastinya saya akan kongsi. Buat masa sekarang, doakan yang baik-baik.
Fazura dan Fattah baru sahaja berkahwin, kata orang biarlah mereka menikmati masa dan manja berdua dahulu. Namun, siapa tahu berkat doa orang ramai ada rezeki pasangan merpati dua sejoli ini menimang cahaya mata awal. Hehe..