June 19th, 2017

Ketika pelakon Fazura mula menceburi bidang nyanyian beliau menerima pelbagai kecaman daripada netizen, ada yang cakap vokalnya lemah dan seeloknya beliau tidak perlu jadi penyanyi. Namun, Fazura sedikit pun tidak pernah mengendahkan segala komen negatif yang diterima dan teruskan minatnya sebagai penyanyi.

Kini segala usahanya berbaloi apabila dua single terbarunya yang berjudul Bisa Apa dan Bangun menguasai dua tangga teratas carta iTunes Malaysia.

Fazura meluahkan rasa syukur yang teramat sangat  dan menitiskan air matanya sebaik sahaja beliau mendapat tahu tentang berita gembira tersebut.

Happy tears indeed! My latest singles, “Bisa Apa” made it to number 1 in just less than an hour of release last night and now “Bangun” just hit number 2 from number 4! Syukur Alhamdulillah. Thank you my beloved darlings for your tremendous support. I am deeply thankful and humbled. Lots and lots of LOVE.

Itulah kata orang, kalau kita buat sesuatu yang kita minat pasti ia akan membuahkan hasil meskipun menerima pelbagai kritikan daripada ramai. Tahniah kepada Fazura kerana berjaya membuktikan anda boleh menyanyi dan ia turut mendapat sambutan.


Comments are closed.

Loading...