Fazura Luah Rasa Bangga Lihat Fatima Buat Persembahan Depan Orang Ramai, Percaya Akan Terus Hidup Bahagia Berdua – “Saya Akan Tetap Ada Untuk Kamu”

Hiburan

Fazura Luah Rasa Bangga Lihat Fatima Buat Persembahan Depan Orang Ramai, Percaya Akan Terus Hidup Bahagia Berdua – “Saya Akan Tetap Ada Untuk Kamu”

Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura meluahkan rasa bangga melihat keberanian anaknya iaitu Nur Fatima Aisya yang berjaya membuat persembahan tarian tradisi sempena hari kebudayaan di sekolahnya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Fazura memuji Fatima kerana usahanya membuahkan hasil selepas menunjukkan tarian dengan baik di hadapan orang ramai.

Advertisement

fazura bangga fatima buat persembahan depan orang ramai

Orang biasa, termasuk saya sendiri pun mungkin dah gugup atau lupa langkah dekat atas pentas sebab saya tahu perform depan ramai orang itu boleh buat kita gementar sangat.

 

Kamu memang hebat.

Dalam pada itu, pelakon itu juga berkata dia bangga melihat Fatima yang semakin matang pada ketika itu.

Dia turut berjanji akan terus bekerja keras untuk melihat kebahagiaan anaknya itu.

fazura bangga fatima buat persembahan depan orang ramai

Sebagai seorang ibu, saya lagi bangga dengan keberanian, kebijaksanaan dan berdikari yang kamu (Fatima) tunjuk hari-hari.

 

Semua itu buat saya sendiri rasa lebih kuat dan percaya yang kita berdua boleh jalani hidup ini dengan lebih bahagia, walaupun cuma kita berdua sahaja.

Fazura turut berharap agar Fatima akan sentiasa mengingatinya dalam apa jua keadaan di dalam hidupnya.

Saya harap kamu tahu dan akan sentiasa ingat yang saya ada untuk kamu dan akan tetap ada tidak kira apa pun yang terjadi.

 

Ke mana pun kamu pergi, walau hidup bawa kamu jauh mana sekalipun, ingat, saya lah ‘rumah’ kamu, tempat kamu boleh pulang bila-bila masa.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

fazura hisyam hamid
2025-07-05 11:27:02

"Mana Tahu Kan Suatu Hari Nanti, Mudah-Mudahan" - Fazura Sifatkan Hisyam Hamid Sebagai 'Family Man'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...