Fazura Kongsi Pengalaman Bercinta & Beri Nasihat Untuk Cari Pasangan – “Perlu Lelaki Protective”

Hiburan

Fazura Kongsi Pengalaman Bercinta & Beri Nasihat Untuk Cari Pasangan – “Perlu Lelaki Protective”

Pelakon dan usahawan, Fazura, baru-baru ini mencuri perhatian peminat ketika sesi siaran langsung di media sosial, berkongsi pandangannya tentang kriteria pasangan dalam hubungan percintaan dan rumahtangga.

Kongsi seorang individu yang mendengar live berkenaan. Fazura katanya menekankan wanita memerlukan lelaki yang protective dan intelektual, yang mampu membuat mereka merasa selamat dan dihargai.

Advertisement

Kongsinya,

Kita perlu pasangan yang terbuka, tiada curiga-curiga, ada masa berkualiti bersama, bukan 24 jam scroll TikTok sambil pegang telefon.

nasihat fazura

Menerusi perkongsian individu itu, dia turut menceritakan pengalaman peribadi bertemu pelbagai jenis pasangan sebelum memilih yang terbaik.

Selain itu, Fazura menegaskan kepentingan menjaga pasangan dalam rumahtangga,

Jika masalah yang sama berulang, lama-kelamaan hati kita tawar, spark pun hilang. Usaha untuk baiki hubungan perlu dilakukan, bukan hanya berserah pada takdir.

Pelakon berkenaan menegaskan prinsip asas perkahwinan ialah kejujuran, komunikasi, dan tolak ansur, sambil menekankan agar pasangan tidak menyakiti antara satu sama lain.

fazura
2025-08-11 18:23:08

"Adakah Saya Atau Fatima Menyondol Suaminya?" - Difitnah 'Orang Terdekat', Fazura Luah Rasa Terkilan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...