Seram juga bila dengar cerita pelakon Nur Fazura berdepan dengan perkara- perkara mistik dan menakutkan ketika di set penggambaran filem Dendam Pontianak.
Fazura dan beberapa kru pernah melihat seorang wanita berkebaya putih dengan rambut mengurai menyerupai dirinya.
Dalam pukul 3 pagi waktu rehat, beberapa kru minta saya tengok belakang dan nampak kelibat wanita memakai baju sama seperti saya ketika itu. Memang sama, kebaya putih dengan kain sarung, cuma rambutnya mengurai ke hadapan dan tak nampak muka. Kami semua buat tak tahu sahaja.
Beberapa kali juga kelibat itu muncul di set penggambaran, mujurlah tiada yang kena gangguan dan semuanya berjalan lancar.
Namun, Fazura kekal tenang meneruskan kerjanya. Mengingati pesanan suami tercinta, Fattah Amin yang agar dia sentiasa mengamalkan bacaan ayat suci Al-Quran sebagai pelindung diri.
Mujurlah balik rumah tak ada apa yang aneh berlaku, suami turut berpesan supaya baca ayat Kursi sebelum masuk rumah.
Alhamdulillah, semuanya okay sahaja dan perasaan seram itu tidak terbawa-bawa ke rumah.
Fuh! Bila dengar cerita Fazura ini memang seram dibuatnya. Kalau penulis di tempatnya mesti dan pucat muka dan pengsan bila kena perhati oleh ‘benda’ itu.
Anonymous
August 19, 2019 at 12:12 pm
ta salah fazura promote cerita tu memang lumrah semua film or drama harus dipermosikan-up to us na tengok ka tak-hopelly film ni pecah panggong juga as I kno fazura one of the best actress lakunan dia pon mantap.all the best fou fazz and all the crews members
Anonymous
August 19, 2019 at 10:15 am
buat cerita drama protect the boss-fazura layak jadi seorg yg kuat and do martial arts-can see dia tahan lasak