April 2nd, 2019

Disebalik kemeriahan Festival Filem Malaysia ke 30 (FFM30) yang berlangsung baru-baru ini, ada pula cerita tidak enak dimana ada pihak yang dikatakan tidak berpuas hati apabila pasangan sensasi Nur Fazura dan Fattah Amin tampil sebagai penyampai trofi. Timbul dakwaan bahawa ia sebenarnya adalah permintaan peribadi Fazura.

Bagaimanapun, Fazura menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan beliau sama sekali tidak pernah meletakkan sebarang syarat sebaliknya hanya mengikut arahan petugas produksi yang memaklumkan kehadirannya dan Fattah bersama adalah elemen kejutan untuk acara itu.

Saya terkejut apabila ada blog melaporkan kononnya saya mengenakan syarat kepada penganjur iaitu kalau mahu ambil saya sebagai penyampai trofi, saya mesti digandingkan dengan Fattah.

Dakwaan mengatakan saya hanya akan muncul jika Fattah menemani saya adalah tidak benar sama sekali. Ini adalah tuduhan yang berat kerana sebagai selebriti yang sudah 17 tahun berkecimpung dalam industri, saya tahu prosedur majlis atau acara seperti FFM.

Susulan isu tersebut, Fazura ada menerima mesej melalui kiriman WhatsApp daripada pengarah dan pelakon, Datuk Hans Isaac yang menyatakan rasa kecewa dan mendakwanya tidak menghormati artis lain.

Saya terkejut menerima mesej daripada Hans, pagi tadi yang mendakwa dia ialah individu yang meluluskan senarai penyampai trofi dan artis yang membuat persembahan pada malam itu. Saya dituduh membuat keputusan sendiri dan tidak menghormati artis lain yang layak naik ke pentas. Tuduhan itu tidak berasas. Perkara ini perlu dijelaskan kerana sudah tular dan memberi reputasi tidak baik terhadap saya dan suami.

Fazura menuntut agar Datuk Hans membuat permohonan maaf kepadanya dan Fattah untuk membersihkan nama mereka daripada tuduhan melulu itu.

Sumber Berita : BH ONLINE


35 responses to “Fazura Kecewa Dituduh Letak Syarat Mahu Digandingkan Dengan Suami Sebagai Penyampai Trofi FFM30”

  1. Malisa says:

    Pasangan propa fajurahhhh kaki gaduh perasan hotttt …kemana mana nak bawa laki

    • Dh le tu says:

      Aku rasa ko patut dgr org industri yg tau cara fazura kerja.. ikut skrip… x memandai suka hati tukar dialog atau request mcm2 spt lopa.. x perlu kot si hans ni panas punggoq.. stakat penyampai anugerah.. da x de keje ke Hans smpai job level2 acik2 bawang pn ko nk sapu?

    • Anonymous says:

      DAH LAKI DIA!!!
      baik kerkepit dgn laki dr kepit LAKI ORANG hihihihhi!
      or..takde org nak kepit mcm paki

  2. widuri says:

    hans memang dri dlu blagak.. blakon xda la hebat mna.. dlu pernah arwah achik spin mnang pelakon pmbantu terbaik pn dia komplen.. ckp sape achik tu.. dia mcm xblh trima dia xknal..

Loading...