Fazura Kecewa Dituduh Letak Syarat Mahu Digandingkan Dengan Suami Sebagai Penyampai Trofi FFM30

Hiburan

Fazura Kecewa Dituduh Letak Syarat Mahu Digandingkan Dengan Suami Sebagai Penyampai Trofi FFM30

Disebalik kemeriahan Festival Filem Malaysia ke 30 (FFM30) yang berlangsung baru-baru ini, ada pula cerita tidak enak dimana ada pihak yang dikatakan tidak berpuas hati apabila pasangan sensasi Nur Fazura dan Fattah Amin tampil sebagai penyampai trofi. Timbul dakwaan bahawa ia sebenarnya adalah permintaan peribadi Fazura.

Advertisement

Bagaimanapun, Fazura menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan beliau sama sekali tidak pernah meletakkan sebarang syarat sebaliknya hanya mengikut arahan petugas produksi yang memaklumkan kehadirannya dan Fattah bersama adalah elemen kejutan untuk acara itu.

Saya terkejut apabila ada blog melaporkan kononnya saya mengenakan syarat kepada penganjur iaitu kalau mahu ambil saya sebagai penyampai trofi, saya mesti digandingkan dengan Fattah.

Dakwaan mengatakan saya hanya akan muncul jika Fattah menemani saya adalah tidak benar sama sekali. Ini adalah tuduhan yang berat kerana sebagai selebriti yang sudah 17 tahun berkecimpung dalam industri, saya tahu prosedur majlis atau acara seperti FFM.

Susulan isu tersebut, Fazura ada menerima mesej melalui kiriman WhatsApp daripada pengarah dan pelakon, Datuk Hans Isaac yang menyatakan rasa kecewa dan mendakwanya tidak menghormati artis lain.

Saya terkejut menerima mesej daripada Hans, pagi tadi yang mendakwa dia ialah individu yang meluluskan senarai penyampai trofi dan artis yang membuat persembahan pada malam itu. Saya dituduh membuat keputusan sendiri dan tidak menghormati artis lain yang layak naik ke pentas. Tuduhan itu tidak berasas. Perkara ini perlu dijelaskan kerana sudah tular dan memberi reputasi tidak baik terhadap saya dan suami.

Fazura menuntut agar Datuk Hans membuat permohonan maaf kepadanya dan Fattah untuk membersihkan nama mereka daripada tuduhan melulu itu.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...