June 25th, 2018

Bulan Ramadhan lalu, rata-rata netizen memuji betapa cantik dan manisnya pelakon Nur Fazura mengenakan hijab. Mereka menyimpan harapan agar beliau akan kekal berhijab apatah lagi sesudah bergelar seorang isteri.

Walaubagaimanapun, impian peminat untuk Fazura terus istiqamah dan menutup aurat dengan sempurna tidak kesampaian.  Menerusi beberapa foto terbaru di Instagram, Fazura kelihatan telah membuka hijabnya.

Tindakan beliau itu nyata mengundang rasa kecewa netizen sehingga  Fazura dikecam teruk, ada juga yang lantang bersuara dan bertanya apakah perasaan beliau selepas membuka tudung.

Tidak mudah melatah, Fazura tampil memberikan penjelasan dengan cukup tenang sekali. Menurut Fazura, beliau sememangnya akan bertudung setiap kali tibanya Ramadhan dan bertujuan untuk menjadi insan yang lebih baik. Namun, beliau terpaksa menanggalkan hijab atas sebab tertentu kerana perjalanan hidupnya berbeza daripada wanita lain.

Fazura berkata, biarlah sesuatu perubahan itu lahir daripada hatinya yang ikhlas dan bukanlah atas desakan orang lain.


55 responses to “Fazura Jelas Sebab Buka Hijab Selepas Ramadhan Berakhir”

  1. Thanks for sharing your thoughts about malay. Regards

  2. Hot stuff says:

    U Cuba imagine jawab depan Allah macamtu. Ok tak rase?

  3. sukahatiakulah says:

    tudung / menutup aurat tu kn mmg perkara wajib dlm islam. mengaku islam tp x menutup aurat.sm jgk solat.adakah sbb hidayah x dtg ko xnk solat.x kesahla ko pakai tudung sbb terpaksa mmg bende tu wajib! alasan ‘cliche’ ckp x pkai tudung sbb xde hidayah..ke nk tggu mati br hidayah tu smpai ke cmne?or ko nk kne tukar name siti nur hidayah ???

Loading...