Bulan Ramadhan lalu, rata-rata netizen memuji betapa cantik dan manisnya pelakon Nur Fazura mengenakan hijab. Mereka menyimpan harapan agar beliau akan kekal berhijab apatah lagi sesudah bergelar seorang isteri.
Walaubagaimanapun, impian peminat untuk Fazura terus istiqamah dan menutup aurat dengan sempurna tidak kesampaian. Menerusi beberapa foto terbaru di Instagram, Fazura kelihatan telah membuka hijabnya.
Tindakan beliau itu nyata mengundang rasa kecewa netizen sehingga Fazura dikecam teruk, ada juga yang lantang bersuara dan bertanya apakah perasaan beliau selepas membuka tudung.
Tidak mudah melatah, Fazura tampil memberikan penjelasan dengan cukup tenang sekali. Menurut Fazura, beliau sememangnya akan bertudung setiap kali tibanya Ramadhan dan bertujuan untuk menjadi insan yang lebih baik. Namun, beliau terpaksa menanggalkan hijab atas sebab tertentu kerana perjalanan hidupnya berbeza daripada wanita lain.
Fazura berkata, biarlah sesuatu perubahan itu lahir daripada hatinya yang ikhlas dan bukanlah atas desakan orang lain.