Mendedahkan dirinya kini sudah selesai menjalani proses berpantang selama 44 hari, pelakon dan usahawan tersohor tanah air Fazura khabarnya gembira kerana sudah boleh memakan makanan kegemarannya yang selama ini tidak boleh dimakan ketika jalani proses tersebut.
Perkara itu dikongsi sendiri oleh suaminya pelakon berbakat besar Fattah Amin menerusi posting di laman Instagramnya.
Katanya, isterinya sudah lama menanti masa untuk menikmati juadah tersebut.
Dalam pada itu, tidak hanya sekadar gembira mampu menikmati makanan terbabit, Fazura yang juga seorang penyanyi serba boleh itu juga tampil memuat naik foto di Insta Story menzahirkan rasa gembira apabila cincin tunangnya juga kini sudah muat untuk dipakai semula.
Bagaimanapun, Fazura khabarnya masih tetap akan berjaga-jaga dari segi pemakanan biarpun tamat jalani proses berpantang.
Untuk rekod, pelakon filem Pisau Cukur itu telah selamat melahirkan cahaya mata sulung yang beri nama Nur Fatima Aisyapada 2 Oktober lalu, namun sehingga kini kedua-dua mereka masih belum mendedahkan wajah bayi tersebut secara jelas kepada umum.
Sumber: Hot FM