Fazura Bangga Fattah Amin Tercalon Sebagai 100 Lelaki Paling Kacak Dunia 2020

Hiburan

Fazura Bangga Fattah Amin Tercalon Sebagai 100 Lelaki Paling Kacak Dunia 2020

Tersenarai sekali lagi sebagai 100 lelaki paling kacak dunia pada tahun 2020, pelakon Fattah Amin akui dirinya terkejut dengan berita tersebut.

Fattah amin 100 jejaka tampan dunia

Advertisement

Katanya, beliau kini seakan bersyukur kerana masih ada peminat yang tampil mencalonkannya dalam kategori tersebut.

“Syukur Alhamdulillah… Itu yang boleh saya katakan. Sebelum ini pun pernah ada tersenarai, kemudian tahun ini pun ada lagi. Saya pun tak sangka. Kalau tak salah, itu pun hasil daripada orang undi.”

Menurut laporan Gempak, Fattah merupakan satu-satunya selebriti tunggal dari Malaysia yang menerima pencalonan tahun ini anjuran TC Candler.

Ditanya mengenai reaksi isterinya, Nur Fazura apabila namanya tersenarai dalam calon tersebut, Fattah memaklumkan bahawa Fazura yang juga seorang penyanyi bersuara merdu itu khabarnya pernah mengulang siar berita tersebut di akaun Instagram aktres itu sebelum ini.

Fattah amin 100 jejaka tampan dunia

“Faz ada repost dari Instagram saya. Katanya ‘wow’, mungkin dia bangga dengan suami dia.”

Untuk rekod, pencalonan dipilih berdasarkan undian dan komen peminat yang dihantar ke laman YouTube rasmi TC Candler, sebelum 100 nama Jejaka Paling Kacak dan Wanita Paling Cantik disenarai pendek. 

Tidak ketinggalan, Fattah juga turut bersaing dengan tiga selebriti Indonesia, beberapa aktor Hollywood seperti Leonardo DiCaprio dan Chris Evans serta artis K-Pop.

Untuk rekod, pelakon Henry Golding yang kini sedang menempa nama di persada antarabangsa pernah menduduki tangga ke-84 Jejaka Paling Kacak Dunia dua tahun lalu.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...