Bakat nyanyian beliau pernah dikritik teruk, tetapi Nur Fazura tetap tidak pedulikan apa kata orang dan masih meneruskan minatnya dalam bidang tersebut. Terbaru, beliau khabarnya bakal berduet dengan bekas vokalis kumpulan antarabangsa terkenal Westlife iaitu Shane Filan.
Sudah lama merancang tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana jadual kerjaya masing-masing yang begitu padat, Fazura akhirnya bakal bertemu dengan Shane pada Konsert Elmina Lakeside, 19 Januari nanti.
Pihak syarikat rakaman Universal ada bertanya sekiranya berminat untuk kolaborasi dengan Shane. Sudah tentu saya mahu kerana peminat Westlife sejak dulu selain dia penyanyi antarabangsa terkenal.
Tak sabar untuk bertemu Shane. Paling penting perlu ada keserasian antara kami untuk menjayakan kolaborasi itu. Kalau semuanya dipermudahkan, lagu itu akan dimuat dalam album kedua yang akan dilancarkan tahun depan.
Semestinya ia berita gembira untuk peminat tegar Fazura. Daripada komen yang kami baca di media sosial, semuanya meletakkan harapan tinggi agar duet ini dilaksanakan. Sama-sama kita nantikan.