Fazreen Rafi Dikecam Muat Naik Video Anak Buli Kucing Di Instagram

Hiburan

Fazreen Rafi Dikecam Muat Naik Video Anak Buli Kucing Di Instagram

Semalam, pelakon Fazreen Rafi dan isterinya telah memuat naik video anak mereka sedang membuli kucing ke laman Instagram. Dalam video berdurasi 16 saat itu, Fazreen dan isteri kedengaran ketawa di latar belakang video tersebut.

Bagaimanapun, perbuatan Fazreen dan isterinya mendapat kecaman Netizen kerana merakam dan membiarkan anaknya membuli kucing dan memuat naik video itu.

Advertisement

Kecaman Netizen menyebabkan Fazreen memadam video itu.


 photo Screen Shot 2016-04-04 at 9.05.40 AM.png
 photo Screen Shot 2016-04-04 at 9.05.25 AM.png

Bagaimanapun isterinya masih membiarkan video itu di akaun Instagram sambil berbalas komen dengan Netizen.

 photo Screen Shot 2016-04-04 at 9.10.35 AM.png
Netizen turut mengecam tindakan meletakkan tetingkap ayat Al-Quran bersebelahan kasut di lantai. Setakat ini video tersebut turut dikongsi di banyak laman pencinta kucing. Boleh dikatakan semua setakat ini mengecam tindakan pasangan tersebut.

Terbaru beberapa minit lepas Fazreen telah memohon maaf atas kesilapan tersebut. photo Screen Shot 2016-04-04 at 9.18.26 AM.png
Kadang kala, sebelum memuat naik gambar atau video ke laman sosial, ramai terlepas pandang yang gambar atau video tersebut boleh mengundang kecaman. Kata orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak viral buruk padahnya.

Rasai getaran dan keasyikan irama muzik asli dari akar Melayu ke mata dunia. Manifestasi dan apresiasi di dalam sebuah…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 22 March 2016

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...