Semalam, pelakon Fazreen Rafi dan isterinya telah memuat naik video anak mereka sedang membuli kucing ke laman Instagram. Dalam video berdurasi 16Â saat itu, Fazreen dan isteri kedengaran ketawa di latar belakang video tersebut.
Bagaimanapun, perbuatan Fazreen dan isterinya mendapat kecaman Netizen kerana merakam dan membiarkan anaknya membuli kucing dan memuat naik video itu.
Kecaman Netizen menyebabkan Fazreen memadam video itu.
Bagaimanapun isterinya masih membiarkan video itu di akaun Instagram sambil berbalas komen dengan Netizen.
Netizen turut mengecam tindakan meletakkan tetingkap ayat Al-Quran bersebelahan kasut di lantai. Setakat ini video tersebut turut dikongsi di banyak laman pencinta kucing. Boleh dikatakan semua setakat ini mengecam tindakan pasangan tersebut.
Terbaru beberapa minit lepas Fazreen telah memohon maaf atas kesilapan tersebut.
Kadang kala, sebelum memuat naik gambar atau video ke laman sosial, ramai terlepas pandang yang gambar atau video tersebut boleh mengundang kecaman. Kata orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak viral buruk padahnya.
Rasai getaran dan keasyikan irama muzik asli dari akar Melayu ke mata dunia. Manifestasi dan apresiasi di dalam sebuah…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 22 March 2016