Fazley Yaakob Gesa Tangguh Sesi Persekolahan

Hiburan

Fazley Yaakob Gesa Tangguh Sesi Persekolahan

Berikutan peningkatan kes COVID-19 di negara ini ditambah pula dengan beberapa kes dicatatkan melibatkan pelajar sekolah, penyanyi Datuk Fazley Yaakob dilihat tampil menyuarakan pendapatnya dengan menyaran pihak kerajaan agar menangguhkan sesi persekolahan dengan segera kerana bimbang mampu memberi risiko kepada guru dan pelajar di sekolah.

Fazley yaakob covid19

Advertisement

“Cikgu-cikgu dan murid-murid harus mula dicutikan sekolah sebelum terlambat! Anda tak risau ke? Setuju tak apa yang saya sarankan. Dalam diam saya amat yakin ramai ibu bapa bersependapat dengan saya.”

Dalam kenyataannya, bapa yang juga seorang bapa difahamkan tampil mencadangkan agar sesi persekolahan pelajar sekolah rendah ditangguhkan terlebih dahulu berbanding sekolah menengah yang mempunyai komitmen lebih besar seperti peperiksaan utama.

Fazley yaakob

Seakan sudah dapat dijangka, pendapt yang dikongsikan penyanyi tersebut dikatakan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk segelintir guru yang menyokong saranan Fazley supaya pelajar dicutikan.

 

Fazley yaakob covid19 Fazley yaakob covid19

Namun begitu, wujud juga segelintir pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut serta menuduh jika pelajar dicutikan cikgu-cikgu akan makan gaji buta dan akui agak leceh kerana tiada siapa yang boleh menjaga anak-anak andai ibu bapa keluar bekerja.

Tidak ketinggalan, Fazley khabarnya turut membuka ruang undian di Insta Story bertujuan meminta pandangan umum mengenai cadangannya itu.

Untuk rekod, semalam merupakan kes harian Covid-19 paling tinggi yang pernah dicatatkan Malaysia dengan 691 kes baharu sekali gus menjadikan kes keseluruhan sebanyak 13,504 kes.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...