Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Fazley Yaakob Dedah Pernah Bekerja Sebagai Pencuci Tandas Ketika Menuntut Di Luar Negara

fazley yaakob pernah bekerja sebagai tukang cuci

Mendedahkan dirinya pernah bekerja sebagai pencuci tandas ketika menyambung pengajian dia luar negara satu masa dahulu, Chef Selebriti Datuk Fazley Yaakob berkongsi pengalaman yang tak dapat dilupakan apabila terpaksa mengaut najis dan muntah dari lantai tandas.

fazley yaakob pernah bekerja sebagai tukang cuci

Advertisement

Menurutnya, selain bekerja sebagai tukang cuci, beliau juga pernah menceburi pekerjaan menjadi mascot pakaian arnab sambil menjual kopi ketika menuntut di menara gading ketika zaman mudanya.

View this post on Instagram

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Advertisement

“Mungkin ramai tak tahu, sebelum-sebelum ni, antara kerja-kerja yang saya pernah buat: Mencuci tandas di luar negara sampai terpaksa kaut muntah dan najis manusia di atas lantai untuk dimasukkan ke lubang tandas.”

Fazley bagai tidak segan mendedahkan kisah silamnya menerusi entri yang dimuat naik di laman Instagramnya.

fazley yaakob pernah bekerja sebagai tukang cuci

Hal ini kerana, beliau turut berkongsi video yang merakamkan dirinya sedang mop lantai, malah memberitahu kerja-kerja mengemas seperti itu langsung tidak menjadi masalah baginya meskipun sudah memiliki dua buah restoran.

Seperti sudah dijangka, posting yang mendapat ribuan tanda suka itu dihujani dengan komen-komen murni daripada pengikutnya. Malah ramai dalam kalangan peminat Fazley juga seakan teruja dengan sikap Fazley yang tidak malu melakukan kerja-kerja sedemikian rupa, sekali gus mampu menjadi inspirasi buat anak muda yang mahu berjaya sepertinya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. JayJay

    July 15, 2020 at 2:29 pm

    Bila dia study oversea?

  2. Anonymous

    July 15, 2020 at 8:57 am

    Ala…biasa sgt la tu. Tak la rare mana. Sesapa yang dok/belaja obersea akan jadi floor engineer untuk xtra income

  3. Anonymous

    July 14, 2020 at 5:05 pm

    Patut la mak mertus hang tak suka …mana selevel dgn dia …..
    Dia pakai pink diamond ….kau hado ?

  4. Najib Razak

    July 14, 2020 at 4:38 pm

    Dia punya sembang kari….taik boleh jadi lauk…lepas ni apa pulak kerja jadi buruh binaan masa duk obersea ke

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top