Fazley Yaakob Anggap Perkara Mistik Satu Lumrah Pertandingan

Hiburan

Fazley Yaakob Anggap Perkara Mistik Satu Lumrah Pertandingan

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menganggap bahawa hal yang memesongkan akidah seperti memohon bantuan daripada jin dan syaitan merupakan satu perkara lumrah bagi sesetengah individu.

Fazley Yaakob
2 years ago

"Biasanya Dapur Yang Berasap.." Fazley Yaakob Tunai Impian Anak Lihatnya Bertanding Di GV8

Advertisement

Fazley mengakui bahawa adat bertanding pastinya ada kalah dan menang namun dia tidak menolak kebarangkalian yang perkara syirik seperti itu akan ada dalam acara bersifat pertandingan.

Dalam dunia masakan atau nyanyian pasti ada pembawakan mistiknya tersendiri. Jadi persediaan itu sudah ada seperti amalan-amalan zikir, solat sunat, itu lumrah amalan biasa.

Menurut Fazley, setiap yang bertanding pastinya mahukan kemenangan lantas tidak mustahil taktik kotor seperti itu juga digunakan sebagai jalan pintas untuk mencapai apa yang diinginkan.

Tambah Fazley lagi, keadaan misteri itu adalah satu perkara yang tidak boleh dielakkan kerana setiap pertandingan terdapat orang yang ingin menang dan mencapai kemuncak, lebih-lebih lagi apabila berada di pentas yang besar.

Fazley Yaakob

Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli bin Yaakob turut mengatakan bahawa apabila pentas itu berhantu sekalipun, tidak kisah lah sama ada berhantu dengan muzik mahupun gangguan, ia adalah lumrah dan tidak menjadi masalah.

Sekadar info, Fazley merupakan salah seorang bintang yang bertanding dalam rancangan realiti popular Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) selain Adibah Noor, Suki Low, Nikki Palikat, Shidee, Azzan, Ani Maiyuni, Bandi Amuk, Aliff Aziz dan Upiak Isil.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...