Pasangan selebriti terkenal, Fattah Amin dan Fazura sekali lagi mendapat perhatian apabila seorang individu memuji mereka bersikap rendah diri walaupun bergaul dengan orang biasa.
Rezeki dapat jumpa Fazura & Fattah amin .. memang humble sangat pasangan ni ,peramah tak kekok bergaul ..”
Menerusi laman Facebook Fauziah Nordin, wanita itu berkongsi bahawa pasangan tersebut membuat lawatan ke rumahnya bagi melihat keadaan kakaknya, Jahidah Nordin yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Dalam pada itu, Fauziah turut menceritakan bagaimana Fazura berasa sebak ketika melihat keadaan kakaknya yang terlantar sakit.
Masa nak masuk bilik tengok kakak, Fazura tak boleh nak masuk sebab dia dah sebak menangis kat luar bilik. Tak sanggup tengok keadaan Kak Jahidah”
Suami dia pujuk dia kuatkan hati tengok Kak Jahidah.”
Pada akhir coretannya, wanita itu sempat berterima kasih kepada kedua pasangan selebriti berkenaan serta Team mukmin pro yang sudi datang melawat.
Sekadar info, kisah Jahidah Nordin sebelum ini mendapat perhatian apabila dia mengalami kecederaan serius pada kepala dan koma selepas menjadi mangsa pukul suami di rumah mereka di Johor Bahru.
Selepas kejadian itu, difahamkan Jahidah masih lagi tidak mampu memberi sebarang tindak balas dan kini dijaga oleh adiknya Fauziah.