December 19th, 2016

Baru-baru ini, ada khabar angin mengatakan Faye Kusairi sudah putus cinta bersama pengarah Azmi Hatta, namun Faye ada menafikan gosip berkenaan.

Terbaru, pihak media cuba untuk mendapatkan komen lanjut apabila terdengar cerita Azmi keluar bersama wanita lain.

Menurut Cik Pang,  Faye tetap mengambil tindakan untuk “kunci mulut” sehingga kini meskipun gosip liar mengenai kekasihnya itu sudah hangat diperkatakan.

Namun, menurut beberapa sumber, Faye dan Azmi masih lagi berbaik dan beliau sering menemani Azmi ketika menjalankan tugas di set penggambaran sehingga berjam-jam lamanya.

Mungkin juga Faye enggan terlalu percaya dengan perkara yang beliau sendiri tidak lihat. Begitu utuhnya cinta Faye buat Azmi. Baguslah kalau begitu, harapnya mereka cepat-cepat bernikah.

Sumber Berita : Harian Metro


Comments are closed.

Loading...