Faye Kusairi Titip Nasihat, Tak Perlu Dedah Aib Pasangan Di Media Sosial – “Tak Elok ‘Especially’ Kalangan Selebriti”

Hiburan

Faye Kusairi Titip Nasihat, Tak Perlu Dedah Aib Pasangan Di Media Sosial – “Tak Elok ‘Especially’ Kalangan Selebriti”

Pelakon Faye Kusairi tampil menitipkan pesanan buat pasangan yang bakal berkahwin terutamanya golongan selebriti untuk tidak terlalu cepat mendedahkan aib pasangan di media sosial jika berlaku sebarang pertelingkahan.

Faye atau nama sebenarnya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi berkata, sekiranya ia dihebohkan, pastinya ramai yang akan terjejas terutamanya penyebaran aib pasangan dan keluarga mereka.

Advertisement

Saya percaya dalam perkahwinan ini ada peringkat, pada awal ni untuk saling kenal mengenali diri masing-masing kemudian nak sesuaikan dengan pasangan dan keluarga pula.

Lepas tu akan diuji dengan kewangan, ada dua akan diuji suami berduit dan suami tidak berduit, fasal isu RM500 tu kalau boleh cuba untuk elak cerita di media sosial.

Nasihatnya lagi, golongan selebriti pasti akan mendapat lebih ‘spotlight’ jika perkara seperti ini diuar-uarkan sekaligus mengundang pelbagai spekulasi dan perspektif masyarakat tentang bagaimana mereka menguruskan sesuatu itu.

Sekadar info, Faye dan Azmi yang merupakan bekas suami penyanyi Elly Mazlein telah mendirikan rumah tangga pada 9 April 2017 di Kuala Lumpur. Mereka telah dikurniakan seorang anak lekaki bernama Alif Azmi yang dilahirkan pada 9 April 2018.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sissy iman
19 hours ago

Sissy Iman Minta Maaf Berkenaan Isu Selebriti Ditangkap Lakukan Amang Seksu*l

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...