Umum mengetahui semalam, Azmi Hatta telah mengadakan satu sidang media “tergempar†dan di saat akhir di Taman Tasik Titiwangsa, kerana ingin mendedahkan punca beliau dan Elly Mazlein bercerai. Dalam kenyataan Azmi, beliau akui sifat cemburu buta Elly menyebabkan beliau ditumbuk dan diterajang oleh bekas isterinya itu.
Apabila orang ramai membaca kenyataan Azmi, mereka mempersoalkan bagaimanakah seseorang wanita yang pada waktu itu sedang hamil boleh teruk mencederakan seorang lelaki yang kudratnya lebih kuat. Mengapakah Azmi tidak menghalang perbuatan Elly?
Tidak berpuas hati dengan penulisan daripada wartawan dan ingin membela Azmi, pelakon Faye Kusairi pula telah memuat naik pelbagai status di Twitternya.
Namun, antara yang menarik perhatian ramai dan mencetuskan kemarahan netizen ialah Faye sanggup mempertikaikan kredibiliti wartawan dan menggelar mereka bodoh.
Ada yang berpendapat untuk apa Faye terus lantang bersuara dan mempertahankan sesuatu yang belum tentu lagi di masa hadapan.
Ada juga yang menyifatkan menggelar wartawan bodoh itu adalah satu kata-kata yang tidak patut Faye keluarkan kerana kerjaya lakonan beliau juga bergantung kepada wartawan. Wartawan mampu menaikkan ataupun menjatuhkan populariti seseorang artis itu.
Hmmph, bagaikan tiada kesudahan episod antara Azmi, Elly dan Faye. Bagi kami senang sahaja, Â baik Elly mahupun Faye berhentilah untuk mengeluarkan sebarang kenyataan ataupun apa sahaja status menerusi media sosial. Â Maaf, janganlah tunjuk yang anda berdua tidak matang dan bergaduh hanya kerana seorang lelaki.