April 19th, 2016

Baru-baru ini, rumah keluarga Faye Kusairi telah diserbu oleh pihak JAIS apabila menerima sebuah laporan mengatakan ada berlakunya kes khalwat. Namun, dakwaan tersebut adalah palsu semata-mata dan ia telah menjatuhkan maruah keluarga Faye dan juga dirinya.

Terbaru,Faye khabarnya telah mengetahui siapakah sebenarnya dalang yang telah membuat laporan palsu berkenaan selepas bertemu empat mata dengan pihak JAIS selepas kes berkenaan.

Saya tidak syak. Saya datang dengan hati terbuka nak tahu SOP (prosedur operasi piawai). Dia tersasul satu nama dan dakwa ada kaitan.

Nama sudah ada cuma saya tidak boleh beritahu sebab Jais yang kena cakap. Penolong pengarah Jais sudah cakap dengan saya, sebut nama, tapi bukan hak saya untuk beritahu.

Saya hendak mereka cakap kepada media atau orang ramai, jelaskan siapa pengadu. Mereka yang perlu buat. Mereka yang terima fitnah. Siapa suruh mereka terima?

Faye pada masa yang sama meluahkan rasa kecewa terhadap pihak JAIS yang seakan hendak lepas tangan selepas mereka membuat serbuan mengejut.

Ini yang saya kecewa sebab mereka tidak cakap apa-apa. Tidak patut mereka cakap ‘tiada komen’. Mereka tidak mahu komen, mereka diam tidak mahu cakap apa-apa, mereka hendak saya saman ke apa?. alau nak saya saman, saya boleh saman tetapi mereka yang teruk. Mereka kena jawab juga.

Mungkin Faye Kusairi tidak sedar selama ini dalang yang membuat laporan palsu itu ada menyimpan dendam terhadap beliau sehingga melakukan perkara sebegini demi menjatuhkan maruah Faye.  Kadang-kala kita tidak sedar mungkin cara kita ada membuat pihak lain tersinggung.

Sumber Berita : The Malay Mail Online


Comments are closed.

Loading...