Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Faye Kusairi Azmi Hatta Rancang Nikah Selepas Aidilfitri

Pelakon Faye Kusairi mengakui beliau dan kekasihnya, pengarah Azmi Hatta sudah merencana untuk melangsungkan pernikahan selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Kenyataan Faye itu sekaligus menafikan khabar angin kononnya mereka bakal berkahwin pada Februari ini.

Advertisement

Kami ada merancang untuk berkahwin Insya-Allah tahun ini tapi bukan bulan Februari kerana jadual saya padat dengan tiga buah drama yang sedang menjalani penggambaran.

Susah nak cari masa saya dan dia (Azmi) yang betul-betul sesuai. Daripada segi persiapan pun kami tak buat apa-apa lagi kerana hari-hari sibuk buat persiapan penggambaran.

Faye sebelum ini menerima pelbagai kecaman daripada netizen yang menganggap beliau adalah punca keruntuhan rumah tangga Elly Mazlein dan Azmi Hatta.

Walaubagaimanapun, Faye enggan lagi memikirkan perkara berkenaan dan tidak risau sekiranya keputusan untuk berkahwin ini juga mungkin akan mengundang kritikan.

Apa juga keputusan untuk berkahwin adalah hal peribadi saya dan saya buat apa juga yang saya rasa ia membuatkan saya gembira dan bukan untuk orang lain gembira.

Kalau dah jodoh tidak kemana, rasanya buat masa ini janganlah lagi mengkritik Faye kerana apa yang berlaku juga adalah suratan takdir. Semoga perancangan Faye dan Azmi untuk ke jinjang pelamin nanti berjalan lancar.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top