Fauziah Nawi Tidak Boleh Terima Skrip Dan Jalan Cerita Drama Sekarang

Hiburan

Fauziah Nawi Tidak Boleh Terima Skrip Dan Jalan Cerita Drama Sekarang

Sebut sahaja nama Fauziah Nawi tentu sahaja anda mengenali aktres yang cukup lama pengalamannya dalam industri lakonan dan mampu membuat sesiapa sahaja terkesan dengan lakonan beliau. Antara drama yang masih kami ingat kemantapan lakonan Fauziah adalah siri Pondok Buruk. Memang feel habislah orang kata.

Menempuhi pelbagai ranjau dan dugaan untuk terus kekal dalam industri, baru-baru ini, Fauziah telah meluahkan pendapat berhubung idustri kini pada masa kini yang cukup berbeza daripada sebelumnya. Buat beliau, pelakon sekarang terlalu diberi muka sehingga boleh memilih siapa sahaja yang mereka mahu untuk bergandingan dalam sesuatu drama ataupun filem.

Advertisement

Sejujurnya, ibu bingung dengan apa yang berlaku dalam industri seni lakon tanah air kita pada hari ini. Contohnya, pemilihan pelakon juga berbeza berbanding dahulu. Kalau dahulu, tidak pernah berlaku situasi di mana, pelakon utama diberi hak untuk memilih siapa pelakon yang akan digandingkan dengan mereka.

Fauziah juga tidak boleh menerima skrip dan jalan cerita drama-drama moden yang ada pada hari ini.

Kebanyakan jalan ceritanya, lebih kurang sama. Kalau diadaptasi daripada novel, maaflah kerana ibu hanya membaca novel-novel daripada sasterawan negara.

Apa yang dikatakan oleh ibu Fauziah Nawi itu ada betulnya. Tajuk drama dan filem pada masa kini semuanya sama sahaja dan hanya berdasarkan sebuah novel. Sampai bila penonton hendak disajikan dengan drama sebegitu? Bila penonton tidak sokong filem tempatan pandai pula mereka salahkan pihak itu dan pihak ini, sedangkan mereka pun tidak mempunyai idea lain.

Sumber Berita: Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...